Bukan sekadar kurangkan makan... Usaha mendalam perlu bagi tangani obesiti
Premium
Bukan sekadar kurangkan makan... Usaha mendalam perlu bagi tangani obesiti
Di seluruh dunia, trend kegemukan berlebihan, atau obesiti, semakin meningkat dan Singapura tidak terkecuali. Tinjauan Kesihatan Penduduk Nasional (NPHS) terkini menunjukkan sekitar 11.6 peratus warga Singapura mengalami obesiti pada tempoh 2021 hingga 2022, berbanding 10.5 peratus pada tempoh 2019 hingga 2020. Namun, masyarakat Melayu merupakan yang paling gemuk berbanding masyarakat lain dengan sekitar 26.2 peratus mengalami masalah obesiti. Mengapakah masalah ini membelenggu orang Melayu dan apakah yang harus dilakukan? Berita Minggu menyelongkar isu ini.
Oct 8, 2023 | 5:30 AM
SEMAKIN BERAT: Terdapat pelbagai faktor yang boleh membawa kepada obesiti – seperti genetik, penyakit, kehamilan, tekanan yang menjejas selera makan, tabiat tidur dan tahap kegiatan fizikal, gaya hidup dan pilihan makanan. - Foto BM oleh SHAFIQ APANDI
Mengamalkan gaya hidup yang sihat memerlukan usaha dan masa, dan ia mesti dimulakan sejak kecil, dengan keluarga memainkan peranan penting dalam memupuk tabiat pemakanan dan gaya hidup yang baik, kata doktor dan penganalisis.
Ini demi mengelakkan masalah obesiti daripada terus berleluasa, yang seterusnya boleh mencetuskan pelbagai penyakit kronik seperti tekanan darah tinggi, penyakit jantung dan barah.
Laporan berkaitan
Nak makan nasi padang tetapi cara lebih sihat? Ikuti panduan pakar...Oct 5, 2023 | 6:50 PM
3 beradik kecilkan perut demi kesihatan agar susut berat badan Sep 21, 2023 | 5:52 PM

