Topik diikuti
Pergi ke BHkuBulan Bahasa 2024 penuhi pelbagai cita rasa, labuhkan tirai
Bulan Bahasa 2024 penuhi pelbagai cita rasa, labuhkan tirai
Lebih banyak tumpuan diberikan kepada cita rasa pengguna bahasa Melayu yang lebih pelbagai dalam menghasilkan kegiatan, acara dan program sepanjang Bulan Bahasa 2024.
Oleh itu, terdapat program yang sesuai bagi segenap lapisan masyarakat dan mengikut minat serta cita rasa mereka, kata Pengerusi Bulan Bahasa, Encik Zhulkarnain Abdul Rahim (gambar sisipan).
Dalam episod terkini podcast NoTapis, Encik Zhulkarnain yang juga Anggota Parlimen GRC Chua Chu Kang, menarik perhatian bahawa penyertaan orang ramai dalam program Bulan Bahasa 2024 juga semakin meningkat.
Malah, jumlah rakan kerja yang terlibat dalam kempen itu turut bertambah.
Antara mereka termasuk Prasekolah 7oaks yang menyajikan persembahan teater yang sarat dengan unsur budaya dan bahasa Melayu pada 12 Oktober.
Bertajuk ‘SAGA - Ayuh Ke Muzium’, persembahan teater itu menampilkan kanak-kanak prasekolah itu, yang didedahkan kepada pelbagai unsur budaya Melayu melalui lakonan, nyanyian dan tarian.
Bulan Bahasa 2024 yang bermula pada 17 Ogos melabuhkan tirainya pada 13 Oktober.
Sempena Bulan Bahasa 2024, Berita Harian juga telah memanfaatkan teknologi dan memuat naik gambar yang dihasilkan menggunakan kecerdasan buatan (AI) untuk menggambarkan peribahasa yang berbeza setiap hari menerusi laman Instagram akhbar ini.
Pembaca boleh meneka peribahasa yang ingin disampaikan berdasarkan gambar AI itu.
Mereka yang terlepas melihat gambar yang dimuat naik itu boleh mencarinya di laman Instagram menggunakan #BHbulanbahasa.
