Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18

Bulan Bahasa 2024 sasar belia, pastikan kerelevanan bahasa masa depan

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Bulan Bahasa 2024 sasar belia, pastikan kerelevanan bahasa masa depan

Mar 01, 2024 | 10:11 PM



Bulan Bahasa 2024 bakal diadakan dari 17 Ogos hingga 13 Oktober, umum Pengerusi Jawatankuasa Bulan Bahasa 2024, Encik Zhulkarnain Abdul Rahim, dalam sesi taklimat rakan kerjasama Bulan Bahasa di The POD, Bangunan Perpusatakaan Negara (NLB) pada 1 Mac.

Bertemakan ‘Cita. Citra. Cinta. Bahasa Kita’, Bulan Bahasa tahun ini menyasar lebih banyak belia menyertai program Bulan Bahasa, serta menyumbangkan tenaga dan idea-idea segar untuk memperkayakan pengalaman pembelajaran mereka, kongsi beliau dengan Berita Harian (BH).


Program-programnya akan disesuaikan untuk melibatkan belia, berusia 17 hingga 35 tahun, yang merupakan generasi akan datang bagi memastikan kerelevanan bahasa itu pada masa hadapan.

Rakan kerjasama dijemput untuk mengemukakan cadangan program dan permohonan pembiayaan mereka dari 1 Mac hingga 1 April.

“Melalui perbincangan dan sesi taklimat ini, mereka akan mendapat maklumat yang lebih lanjut tentang bukan sahaja pandangan, bahkan pelbagai rangka fungsi yang mungkin boleh mereka bekerjasama.

“Dengan itu, mereka akan lebih memperhalusi pendekatan dalam segala segi program dan inisiatif yang mereka mahu lakukan untuk masyarakat,” jelas beliau tentang matlamat sesi taklimat itu.

Fokus terhadap penglibatan belia untuk tahun ini ditekankan kerana golongan itu merupakan generasi pelapis, pengguna dan penggiat bahasa Melayu pada masa hadapan.

Semasa sesi itu, hadirin diberi taklimat oleh pertubuhan pemberi dana tentang sasaran, strategi, amalan terbaik dan dana tersedia.

Pertubuhan pemberi dana yang menyokong penganjur program termasuk Majlis Bahasa Melayu Singapura (MBMS), Jawatankuasa Pembelajaran dan Penggalakan Penggunaan Bahasa Melayu (MLLPC), Dana Kedwibahasaan Lee Kuan Yew (LKYFB) dan Jawatankuasa Penterjemahan Nasional (NTC).


Sesi taklimat itu turut menampilkan beberapa reruai bagi rakan kerjasama mengetahui lebih lanjut tentang dana yang tersedia untuk mereka menganjurkan kegiatan dan program sempena Bulan Bahasa. 

Timbalan Ketua Variasi, Penglibatan Masyarakat Advokasi (ACE), Encik Muhammad Danial Jamil, 25 tahun, turut meluahkan bahawa menyemai minat dan cinta terhadap bahasa dan budaya Melayu dalam kalangan belia ada satu cabaran.

“Bagi pihak Variasi, kami ingin menggalakkan belia dan kalangan muda supaya meneruskan dan menceburi minat mereka dalam bahasa dan budaya Melayu di Singapura.

“Jadi, saya harap acara-acara kami menjadi sebuah wadah untuk mereka menghasilkan dan mempersembahkan Seni Melayu di Singapura,” jelas beliau.

Variasi, yang bakal mengembalikan acara Rentas Sastera Nusantara, merupakan salah satu rakan kerjasama yang bakal menganjurkan program untuk Bulan Bahasa 2024. Ia juga merupakan penglibatan pertama mereka.

Bulan Bahasa pada 2023 menyaksikan lebih 75,000 peserta dan tontonan, 368 pelajar yang dilantik sebagai rakan bahasa, 185 sekolah merentasi 153 program dan melibatkan 77 rakan kerjasama.

Bulan Bahasa mula dilancarkan pada 1988 oleh Majlis Bahasa Melayu Singapura sebagai satu daya usaha menggalakkan masyarakat Melayu menggunakan bahasa Melayu dalam kehidupan seharian mereka.

Sejak 2011, Bulan Bahasa telah diadakan secara tahunan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >