Topik diikuti
Pergi ke BHkuBumitama Agri mohon dagangan saham di Bursa Saham SGX digantung
Foto REUTERS
Oct 16, 2026 | 7:13 PM
Bumitama Agri mohon dagangan saham di Bursa Saham SGX digantung
Pengeluar minyak sawit yang disenaraikan di Singapura, Bumitama Agri, baru sahaja memohon penggantungan sementara dagangan sahamnya di Bursa Saham SGX.
Langkah itu dibuat sementara menunggu pengumuman, menurut permohonan yang dikemukakan oleh Ketua Pegawai Eksekutifnya (CEO), Encik Lim Gunawan Hariyanto.
Menurut siasatan kumpulan alam sekitar Greenpeace, syarikat itu dikaitkan dengan kawasan perladangan di Indonesia yang dikesan mengalami kebakaran dan mengeluarkan asap.
Saham Bumitama Agri susut 4.81% kepada $1.78 menjelang rehat tengah hari ini, sebelum permohonan penggantungan sementara dagangan itu dibuat.
Ikuti topik ini:
Log masuk untuk ikuti
Laporan berkaitan
Grace Fu: S’pura pertimbang ambil tindakan terhadap syarikat sebabkan jerebuOct 14, 2026 | 10:44 PM