Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

ByteDance gagal halang permohonan tanda dagangan aplikasi video serupa TikTok

Jun 14, 2024 | 5:53 PM
Syarikat induk TikTok, ByteDance, tidak berjaya membuktikan bahawa aplikasi Tiki menyerupai platform media sosial popular, TikTok.
Syarikat induk TikTok, ByteDance, tidak berjaya membuktikan bahawa aplikasi Tiki menyerupai platform media sosial popular, TikTok. - Foto REUTERS

Syarikat induk TikTok, ByteDance, gagal menyekat permohonan cap dagangan oleh sebuah firma berpangkalan di Singapura untuk aplikasi video pendeknya, ‘Tiki’.

Aplikasi tersebut didapati oleh ByteDance memiliki persamaan dengan permohonan yang didaftarkan oleh aplikasi popular media sosialnya itu. 

Dalam keputusan oleh Pejabat Hak Cipta Intelektual Singapura (Ipos) pada 14 Jun, penolong pendaftar utama, Encik Mark Lim menjelaskan ByteDance gagal meyakinkan beliau bahawa kedua-dua tanda itu mirip mahupun membuktikan adanya unsur salah nyata.

Firma berpangkalan di Singapura, Dol Technology, telah mendaftarkan permohonan tanda dagangan itu buat pertama kalinya pada 2021. Ini menyebabkan ByteDance memfailkan notis bantahan pada 31 Disember 2021 dan 18 Januari 2022.

Aplikasi Tiki, oleh Dol Technology, dilancarkan di India pada 22 Februari 2021 dan membolehkan pengguna untuk “mencipta, menonton dan berkongsi video-video pendek bersama rakan-rakan”.

Namun, aplikasi ini telah dihentikan pada 27 Jun 2023 disebabkan cabaran yang dihadapi oleh industri teknologi.

Dalam menjelaskan keputusan beliau, Encik Lim menambah bahawa tanda Tiki dan TikTok “berbeza dari segi visual dan konsep”, dan “sedikit sahaja mirip dari segi bunyi sebutan”, apabila kedua-dua nama itu dibaca dengan lantang. 

Encik Lim huraikan lagi bahawa logo TikTok menggambarkan nota muzik dan tidak sama jika dibandingkan dengan logo Tiki yang lebih kepada huruf stilistik “T” dan dicantumkan bersama ikon play.

Beliau menambah jika beliau memutuskan sebaliknya, ini bermakna semua perkataan yang memiliki dua suku kata yang bermula dengan “tic”, seperti “ticket”, “ticker” atau “Tic Tac” boleh dianggap menyerupai tanda dagangan TikTok.

Disebabkan kedua-dua tanda dagangan itu berbeza, Encik Lim tidak berpendapat bahawa ini akan menimbulkan kekeliruan antara para pengguna mengenai dua aplikasi itu. 

Bagaimanapun, beliau akui bahawa perkhidmatan dan barangan di bawah tanda dagangan itu bertindih, dengan Dol Technology tidak menangani isu ini semasa penyertaan dokumennya.

ByteDance telah dikenakan denda berjumlah $9,000 yang harus dibayar kepada Dol Technology. Encik Lim berkata ini akibat dokumen ByteDance yang telah melebihi batas muka surat yang dihadkan dan lantas, mempengaruhi jumlah tersebut.

Dalam satu dokumen yang dihantar ByteDance, dokumen bukti itu meliputi 345 halaman, melebihi had 300 muka surat yang telah ditetapkan. 

Tambahan pula, satu dokumen yang membalas Dol Technology mempunyai 103 halaman, yang juga melampaui had 100 halaman yang ditetapkan.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg