Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

CEO TikTok asal S’pura ‘diasak’ Kongres AS mengenai kaitannya dengan China

Feb 01, 2024 | 04:46 PM



WASHINGTON: Syarikat induk TikTok China telah meletakkan ketua pegawai eksekutif (CEO)nya, warga Singapura, Encik Chew Shou Zi, di kerusi panas sekali lagi, di hadapan Kongres Amerika Syarikat, yang memberi tumpuan kepada keselamatan untuk kanak-kanak di wadah media sosial itu.


Dalam penampilan keduanya di hadapan penggubal undang-undang Amerika itu dalam masa kurang setahun, Encik Chew berdepan dengan pelbagai persoalan – mulai daripada pemilikan TikTok di China hingga dakwaan penapisan topik politiknya dan juga kewarganegaraannya sendiri.

Populariti aplikasi perkongsian video dalam kalangan remaja dan golongan muda Amerika itu tidak dapat dipertikaikan.

Ia dimiliki oleh ByteDance yang berpangkalan di Beijing, dan telah menjadi sasaran dalam persaingan sengit dengan China yang menyiarkan hampir setiap aspek dasar Amerika.

Selain Encik Chew, empat ketua teknologi utama yang lain turut memberi keterangan di hadapan Jawatankuasa Kehakiman Senat, di Capitol Hill, pada 31 Januari.

Encik Mark Zuckerberg dari Meta; Encik Evan Spiegel dari Snap; Cik Linda Yaccarino dari X; dan Encik Jason Citron dari Discord telah diminta memberi keterangan berkaitan bahan penderaan seksual kanak-kanak yang dimuatkan di platform mereka.

Mereka juga diberi amaran bahawa undang-undang akan dipinda untuk membenarkan mangsa menyaman wadah teknologi itu.

Senator Ted Cruz, seorang anggota Republikan dari Texas, mendakwa bahawa walaupun TikTok versi China dipanggil Douyin, menyampaikan bahan yang bermanfaat dan pendidikan kepada kanak-kanak di China, ia menyajikan kandungan negatif untuk kanak-kanak di Amerika.

“TikTok di China mempromosikan video sains dan matematik kepada kanak-kanak. Anda mengehadkan jumlah masa yang boleh digunakan oleh kanak-kanak di TikTok,” kata Encik Cruz yang bercakap kepada Encik Chew.

“Di Amerika, anda mempromosikan video mencederakan diri sendiri dan propaganda anti-Israel kepada kanak-kanak. Mengapakah terdapat perbezaan yang begitu dramatik?”

Dalam jawapannya, Encik Chew berkata bahawa kenyataan itu tidak tepat.

Senator Tom Cotton, seorang lagi anggota Republikan, dari Arkansas, mendesak Encik Chew supaya menyatakan sama ada beliau menyokong dakwaan Amerika bahawa pemerintah China melakukan pembunuhan beramai-ramai terhadap kaum minoriti Islam Uighur, di wilayah Xinjiang, China.

Sambil mengeluh, Encik Chew menjawab “sesiapa yang mengambil berat tentang topik ini, atau mana-mana topik, mereka bebas meluahkan perasaan mereka di TikTok”.

Senator Cotton meneruskan dengan merujuk komen yang dibuat oleh Presiden Amerika Syarikat, Encik Joe Biden selepas bertemu rakan sejawatannya dari China, Encik Xi Jinping, pada November 2023.

“Encik Biden mengatakan bahawa Encik Xi adalah seorang diktator. Adakah anda bersetuju dengan pendirian Encik Biden itu?” tanya Encik Cotton.

Encik Chew berkata, sebagai ahli perniagaan, beliau tidak boleh mengulas mengenai mana-mana pemimpin dunia. – Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >