Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19

Cara firma darah tali pusat pasti penyimpanan selamat

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

RENCANA

Cara firma darah tali pusat pasti penyimpanan selamat

Dec 29, 2023 | 09:47 AM



Di sebalik pendedahan di mana syarikat penyimpanan darah tali pusat, Cordlife, telah meletakkan lebih 2,000 unit tali pusat dalam suhu suboptimum, terdapat persoalan tentang bagaimana kesilapan penyimpanan dan pengurusan oleh firma itu mungkin telah berlaku.

Siasatan Kementerian Kesihatan (MOH) masih berterusan.

Darah tali pusat biasanya disimpan berdekad lamanya secara kriogenik dalam tangki-tangki penyimpanan kriogenik keluli tahan karat yang ditebat-vakum, pada suhu sekurang-kurangnya di bawah sifar 150 darjah Celsius.

Kriogenik melibatkan suhu amat rendah.







Atas permintaan, sebuah lagi firma penyimpanan darah tali pusat privet, StemCord, menganjurkan satu lawatan ke kemudahannya bagi akhbar The Straits Times (ST), untuk memahami bagaimana ia menguruskan unit darah tali pusat.


Cryoviva Singapore dan Bank Darah Tali Pusat Singapura (SCBB), yang merupakan satu-satunya bank darah tali pusat awam di negara ini, menjawab menerusi e-mel kepada permintaan yang sama oleh ST dengan butiran mengenai proses mereka.

Berikut adalah langkah keselamatan yang diletakkan bank-bank tersebut bagi melindungi darah tali pusat, daripada peringkat pemprosesan kepada penyimpanan.

Pemprosesan

1. Terima unit darah tali pusat


Selepas bayi dilahirkan, tali pusatnya disepit dan jarum dimasukkan ke dalam urat tali pusat bagi mengumpul darah.

Darah tali pusat yang dikumpul dihantar ke makmal, di mana seorang anggota kakitangan makmal akan mengesahkan bahawa ia adalah daripada klien yang sebenar dan beg darah tali pusat tidak rosak.

Biasanya satu beg darah tali pusat dikumpul bagi seorang kanak-kanak.

2. Pemprosesan mesin


Semua darah tali pusat yang dikumpul akan diproses bagi memaksimumkan pengumpulan sel-sel tunjang.

Satu sistem pemprosesan darah tali pusat yang automatik dan steril mengasingkan darah tali pusat kepada tiga komponen – plasma, sel darah merah dan sel darah putih.

Lapisan dengan sel darah putih yang pekat disimpan bagi penyimpanan jangka panjang.

Proses itu mengambil masa 30 hingga 40 minit.

3. Tuang ke dalam beg kriogenik


Darah tali pusat yang diproses akan dituang ke dalam beg-beg kriogenik, yang biasanya mempunyai bahagian-bahagian kecil yang boleh diasingkan dan diguna bagi tujuan ujian, agar jumlah penuhnya tidak perlu diperolehi semula melainkan jika perlu.







4. Persiapan bagi penyejukan


Sejurus sahaja unit darah tali pusat sedia dibekukan secara sistematik, sejenis bahan pelindung sel semasa penyejukan atau cryoprotectant dimasukkan ke dalam beg-beg kriogenik.


Beg-beg tersebut akan dikedap dalam satu bungkusan pelindung dan ditempatkan ke dalam kaset-kaset tersendiri.

5. Penyejukan terkawal


Satu peti penyejuk dengan kadar terkawal digunakan bagi menyejukkan unit-unit darah tali pusat pada suhu 1 darjah Celsius bagi setiap minit sehingga ia mencecah suhu optimum di bawah sifar 180 darjah Celsius.

Ini mengambil masa sekitar 90 minit.

“Sekiranya unit darah tali pusat ini dibekukan terlalu pantas atau terlalu perlahan, maka ia akan merosakkan sel-sel tersebut,” kata pengarah makmal StemCord, Encik Eddie Yoh.







Unit darah darah tali pusat yang dibekukan akan dialihkan ke dalam satu tangki kuarantin menerusi satu kotak pemindahan kriogenik.

Ia akan kekal di sana sehingga dua bulan, sedang ia menantikan dapatan ujian bagi memastikan unit-unit darah tali pusat bebas bakteria, kulat dan penyakit berjangkit seperti HIV (human immunodeficiency virus) dan sifilis.

Apabila ia bebas daripada itu semua, unit-unit tersebut akan dialih bagi penyimpanan jangka panjang.

Langkah keselamatan
bagi penyimpanan

Bank-bank darah tali pusat diiktiraf badan antarabangsa seperti Yayasan bagi Pengiktirafan Terapi Selular (Fact) dan Persatuan bagi Kemajuan Darah dan Bioterapi (AABB).

Bank-bank yang diiktiraf telah memenuhi piawai ketat dalam bidang seperti pengumpulan, pemprosesan, penyimpanan dan perbankan darah tali pusat.

Seperti contoh, Piawai Antarabangsa NetCord-Fact bagi Pengumpulan, Perbankan dan Pengeluaran Darah Tali Pusat bagi Pentadbiran menekankan bahawa sistem penyimpanan bagi unit darah tali pusat perlu mempunyai sistem amaran aktif berterusan, dengan isyarat yang boleh didengar dan dilihat.

Berdasarkan satu aduan orang awam, MOH mendapati sistem pemantauan suhu Cordlife gagal menghantar isyarat apabila dua tangkinya tidak mengekalkan suhu optimum antara Februari dengan Jun 2022.

Penyelarasan pencegahan enam kali sebulan bagi bank itu juga tidak dijalankan bagi dua tangkinya pada 2022.

Siasatan lanjut masih diteruskan.

Pengasas Panduan Ibu Bapa bagi Yayasan Darah Tali Pusat – pertubuhan bukan meraih untung dari Amerika Syarikat, Dr Frances Verter, berkata:

“Adalah memeranjatkan dan mengelirukan bagaimana kejadian ini berlaku kerana tangki-tangki penyimpanan sepatutnya mempunyai lapisan perlindungan.

“Adalah sukar untuk membayangkan bagaimana lapisan yang banyak boleh gagal secara serentak.”




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >