Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18

Cegah kencing manis: Pertapis anjur acara pertingkat kesedaran kesihatan

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Cegah kencing manis: Pertapis anjur acara pertingkat kesedaran kesihatan

Feb 08, 2024 | 06:53 PM



Pertapis menjalankan daya utama meningkatkan kesejahteraan fizikal, mental dan emosi masyarakat, ‘From Health to Hearts’ atau ‘Daripada Kesihatan ke Hati’, pada 8 Februari.


Edisi kedua itu bertemakan ‘Mengemudi Kencing Manis’ dalam Ramadan dengan tujuan menangani peningkatan kadar kencing manis di Singapura.

Diadakan dengan kerjasama pertubuhan Diabetes Singapura, ia memberi penekanan terhadap strategi pencegahan.

Acara itu menyaksikan sekitar 500 keluarga Pertapis menghadiri saringan kesihatan dan menerima sumbangan keperluan asas, termasuk beras, minyak masak, roti dan gula.

Setiausaha Parlimen Kanan (Kesihatan merangkap Undang-undang), Cik Rahayu Mahzam dan Mayor Majlis Pembangunan Masayarakat (CDC) South East dan Anggota Parlimen GRC Marine Parade, Encik Mohd Fahmi Aliman, menyerikan acara itu, yang diadakan di ruang Persada Budaya, Wisma Geylang Serai.

Dalam ucapannya, Cik Rahayu menekankan bahawa penyakit kencing manis sebagai masalah kesihatan yang serius dan membimbangkan, serta pentingnya untuk mengesan pada peringkat awal sebagai langkah pencegahan awal.

Beliau berkata: “Saya amat gembira melihat rangkaian pihak berkepentingan dan rakan kongsi yang semakin berkembang dan proaktif berganding bahu untuk meningkatkan tahap kesihatan masyarakat Melayu/Islam.”

Beliau turut berkongsi mengenai usaha kementerian dan pihak berkepentingan dalam menggalak gaya hidup lebih sihat, seperti SGLebih Sihat atau ‘HealthierSG’.

Usaha itu turut melibatkan pertubuhan M³, yang mempunyai bidang fokus terhadap kesihatan bagi masyarakat Melayu secara khusus.

Acara itu menampilkan saringan kesihatan percuma, gerai interaktif yang meningkatkan kesedaran tentang pengambilan makanan yang lebih baik dan membolehkan mereka membuat pilihan yang lebih sihat.

Bercakap kepada Berita Harian (BH), Encik Fahmi berkata: “Edisi ini sebenarnya adalah daya utama yang baik untuk membantu masyarakat kita mengetahui apakah yang perlu dilakukan bagi pesakit kencing manis untuk terus berpuasa.”


Beliau turut mengharapkan lebih ramai masyarakat Melayu dapat mengetahui cara membanteras kencing manis dan menjaga kesihatan mereka.

Sempena Ramadan yang bakal menjelang, sesi perkongsian dikendalikan semasa acara agar pengunjung dapat meraih Ramadan yang lebih bermanfaat.

Karyawan penjagaan kesihatan berkongsi pemahaman mendalam dan pandangan tentang perubatan manakala asatizah seperti Ustaz Haziq Ashyraf dan Ustazah Effa Nur Umairah menyentuh tentang puasa, cara menggantikan puasa dan Fidyah, serta cara menjalani ibadah tersebut bagi mereka yang menghidapi kencing manis


“Kami berbangga memasuki edisi kedua inisiatif ‘Daripada Kesihatan ke Hati’ untuk menangani isu kritikal kencing manis dalam masyarakat kita.

“Ini terutamanya dalam kalangan mereka yang menghadapi cabaran ekonomi. Kami berharap inisiatif ini meningkatkan komitmen masyarakat kita ke arah kesejahteraan,” kata Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Pertapis, Encik Firdaus D’Cruz.

Edisi pertama diadakan di Masjid Al-Ansar pada 17 November 2023 yang menyaksikan Pertapis menjalankan pameran kesihatan masyarakat yang merangkumi khidmat pemeriksaan gigi, daya penglihatan dan pendengaran, penjagaan warga emas, kencing manis dan sokongan literasi digital, serta forum bertajuk ‘Kasih Antara Usia’.

Sekitar 100 hingga 200 pengunjung menghadiri edisi tersebut.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >