Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18

Hampir kesemua badan Melayu/Islam kini diterajui generasi pemimpin baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Hampir kesemua badan Melayu/Islam kini diterajui generasi pemimpin baru

Trend peralihan kepimpinan beri kesegaran, perspektif baru hadapi cabaran masa depan
Jan 27, 2024 | 05:30 AM



Sejak 2019, beberapa badan Melayu/Islam (MMO) di Singapura telah menjalani peralihan dalam pucuk kepimpinan mereka, dengan generasi pemimpin baru tampil menerajui pertubuhan yang telah lama berkhidmat dan memainkan peranan penting membangunkan masyarakat.

Antara badan-badan yang telah menjalani peralihan dalam tempoh sekitar lima tahun lalu ialah Persatuan Persuratan Pemuda Pemudi Melayu (4PM), Persatuan Pemudi Islam Singapura (PPIS), Persatuan Taman Pengajian Islam Singapura (Pertapis), Persatuan Ulama dan Guru-Guru Agama Islam Singapura (Pergas), Lembaga Biasiswa Kenangan Maulud (LBKM), Persatuan Derma Amanah Muslimin (MTFA), Muhammadiyah, Perdaus, Casa Raudha dan AMP, sebagai contoh.

Mengulas trend tersebut, beberapa pemimpin dan pemerhati masyarakat serta Anggota Parlimen (AP) yang dihubungi Berita Harian (BH) berkata ia adalah satu perkembangan yang amat penting lagi memberangsangkan.


Menurut mereka, peralihan kepimpinan itu dapat menyuntik kesegaran dan perspektif baru bagi membantu badan-badan Melayu/Islam setempat terus kekal relevan untuk menangani cabaran hari ini dan masa depan yang semakin rumit.

Di samping itu, ia memberi gambaran bahawa badan-badan tersebut bersifat progresif, iaitu sedia memberi ruang dan peluang kepada pemimpin muda yang juga telah lama menabur bakti menerajui pertubuhan.

“Ini adalah langkah yang positif melihat belia di dalam masyarakat menggalas peranan kepimpinan dalam MMO kita. Ia juga menunjukkan bahawa MMO kita kekal relevan untuk memenuhi aspirasi masyarakat dan belia,” kata Anggota Parlimen GRC Chua Chu Kang, Encik Zhulkarnain Abdul Rahim.

Beliau menambah: “Penghargaan juga harus diberikan kepada pemimpin masyarakat mapan yang telah memberi peluang kepada pemimpin muda menerajui inisiatif dan projek agar mereka dapat mengasah kemahiran kepimpinan mereka dan belajar daripada pengalaman pemimpin lama.”

Antara ‘wajah-wajah muda’ yang memikul tanggungjawab memimpin pertubuhan Melayu/Islam setempat ialah Encik Nassar Mohamad Zain. Beliau dipilih sebagai presiden baru 4PM pada 2021, menggantikan Encik Izzuddin Taherally, yang telah memegang jawatan itu selama 31 tahun sejak 1990.

Ustaz Muhammad Tarmizi Abdul Wahid pula dipilih sebagai presiden baru Pergas pada 2023, mengambil alih jawatan tersebut daripada Ustaz Mohamad Hasbi Hassan, yang telah memimpin badan tersebut selama 21 tahun sejak 2002.

Pada 2023 juga, Encik Mohamed Shaharin Mohamed Nordin dipilih sebagai presiden Pertapis baru, mengambil alih dari Encik Hussaini Abdullah yang telah memegang jawatan tersebut selama 14 tahun sejak 2009.

Encik Zhulkarnain berkata dengan adanya pemimpin muda yang tampil ke hadapan, beliau percaya lebih ramai belia boleh melihat kepada mereka sebagai contoh yang baik yang mampu memahami aspirasi dan hasrat mereka untuk menabur bakti dengan lebih bermakna kepada masyarakat.

AP GRC Ang Mo Kio, Cik Nadia Ahmad Samdin, yang merupakan AP Melayu/Islam paling muda dalam parti pemerintah, berkata peralihan kepimpinan dapat menambah nilai kepada inisiatif dan program badan-badan yang mereka terajui sekarang.

Cik Nadia menarik perhatian, meskipun muda para pemimpin baru itu tetap berpengalaman, sekali gus sedia menggalas tanggungjawab baru mereka.


“Mereka bukanlah muka baru dalam khidmat masyarakat kerana mereka telah berkecimpung dalam kegiatan sukarelawan sejak zaman sekolah lagi, dan sekali gus memiliki pengalaman profesional dan dapat menghargai cabaran masyarakat,” kata Cik Nadia.

Zamil Kanan yang juga Penyelaras Program Pengajian Budaya dan Sosial Serantau di Iseas-Institut Yusof Ishak, Dr Norshahril Saat, berkata masyarakat Melayu/Islam boleh berasa lega dengan perkembangan ini kerana ia memberikan ruang bagi golongan pelapis bergiat aktif dalam masyarakat.

“Lebih ramai orang muda tampil ke hadapan untuk menerajui pucuk kepimpinan badan-badan Melayu/Islam. Pemimpin-pemimpin ini juga berusia dalam lingkungan yang sama, iaitu sekitar lewat 30-an atau awal 40-an tahun.

“Malah bukan sahaja golongan muda memegang jawatan tertinggi MMO, barisan kepimpinan nombor dua dan tiga juga dibarisi golongan muda,” kata Dr Norshahril.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >