Kempen bagi Pilihan Raya Umum 2025 (GE2025) telah pun bermula pada 23 April.
Para penyokong bagi setiap parti yang bertanding dapat dilihat menghadiri rapat politik yang diakan.
Dengan Hari Mengundi semakin hampir tiba, perhimpunan dan rapat politik menjadi satu ‘lubuk emas’ bagi para penggemar atau pengumpul cenderahati unik.
Antara cenderahati yang menarik perhatian termasuk anak patung keluarkan jenama Popmart, Labubu yang berpakaian putih, belon tukul berwarna kuning dan beruang mainan ‘Teddy’.
Cenderahati bertema parti politik ini bukan hanya untuk menunjukkan sokongan, malah ia adalah simbol kreativiti dan semangat penduduk Singapura.
Daripada barangan unik yang mencetuskan perbualan hingga barangan edisi terhad, cenderahati ini telah menarik perhatian penyokong berbilang generasi.
Ketika semangat pilihan raya terus memuncak, jelas bahawa barangan politik menarik ini tidak hanya akan menjadi kenangan, tetapi juga peringatan tentang perubahan dalam landskap dunia politik di Singapura.
Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg