Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Charge+ beli 140 pengecas EV daripada 3 syarikat

Dec 11, 2024 | 5:14 PM
Pemerolehan itu membawa jumlah pengecas Charge+ kepada sekitar 2,500. 
Pemerolehan itu membawa jumlah pengecas Charge+ kepada sekitar 2,500.  - Foto CHARGE+

Pengendali pusat pengecasan kenderaan elektrik (EV), Charge+, telah memperoleh 140 pengecas EV daripada tiga syarikat lain di Singapura yang telah menamatkan perkhidmatan pengecasan komersial.

Difahamkan bahawa tiga syarikat yang akan menamatkan operasi pengecasan komersial itu adalah eChargz, PaC Components dan Quickcharge.sg. 

Ketiga-tiga syarikat akan terus menjalankan aspek lain dalam perniagaan pengecasan EV, termasuk menjual pengecas kepada kediaman persendirian, membekalkan komponen pengecasan, dan khidmat pemasangan alat pengecas.

Pengecas tersebut terletak di 42 lokasi di serata Singapura, termasuk kondominium dan bangunan awam seperti Esplanade. 

Syarikat eChargz membekalkan jumlah pengecas terbesar kepada Charge+, iaitu sekitar 110 unit.

Charge+ mengumumkan langkah itu pada 11 Disember, namun pengecas baru tersebut telah disepadukan ke dalam rangkaiannya sebelum 7 Disember, lapor The Business Times (BT). 

Pengguna kini boleh mengakses pengecas itu melalui aplikasi syarikat tersebut.

Ketua Eksekutif Charge+, Encik Goh Chee Kiong, menyatakan langkah itu mencerminkan fasa penggabungan dalam sektor pengecasan EV di Singapura apabila pengendali pusat pengecasan (CPO) perlu memenuhi piawaian pelesenan, keperluan, dan yuran di bawah Akta Pengecasan EV yang mungkin menyebabkan beberapa syarikat kecil keluar daripada pasaran tersebut.

“Tujuan Penguasa Pengangkutan Darat (LTA) (menguatkuasakan akta tersebut) adalah untuk memastikan CPO boleh dipercayai dan peka terhadap keperluan pelanggan, dan kami berpendapat pengendali pengecas perlu berskala besar untuk memenuhi piawaian LTA,” kata Encik Goh kepada BT.

Akta tersebut, yang berkuat kuasa pada 8 Disember 2023, mewajibkan pembayaran yuran pendaftaran bagi semua pengecas EV komersial menjelang 7 Jun 2024.

CPO komersial juga perlu membayar yuran pelesenan bermula 7 Disember 2024.

Pada 2023, LTA menyatakan bahawa kos bagi sebuah syarikat CPO untuk mendaftar 500 pengecas dengan taraf kuasa yang berbeza adalah sekitar $100,000, termasuk bayaran $16,500 untuk lesen tiga tahun.

Kos itu tidak termasuk penyelenggaraan atau syarat lain yang diperlukan untuk memenuhi keperluan pelesenan LTA, seperti insurans liabiliti awam. 

Sebelum ini, CPO tidak diwajibkan untuk memiliki lesen atau mendaftar pengecas mereka. 

Charge+ sudah memiliki jumlah pengecas terbesar di Singapura sebelum ini, dan pemerolehan itu membawa jumlah pengecasnya kepada sekitar 2,500. 

SP Mobility pula mempunyai sekitar 1,800 pengecas.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg