Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Chun Sing hadiri forum keselamatan dalam lawatan ke China

Sep 14, 2025 | 8:50 PM
Menteri Pertahanan, Encik Chan Chun Sing, akan membuat lawatan pengenalan ke China dari 15 hingga 18 September
Menteri Pertahanan, Encik Chan Chun Sing, akan membuat lawatan pengenalan ke China dari 15 hingga 18 September - Foto ZAOBAO

Menteri Pertahanan, Encik Chan Chun Sing (gambar sisipan), akan membuat lawatan pengenalan ke China dari 15 hingga 18 September.

Di Beijing, Encik Chan, yang juga Menteri Penyelaras bagi Perkhidmatan Awam, akan bertemu dengan pemimpin tertinggi China dan menyampaikan ucapan di Forum Beijing Xiangshan ke-12, kata Kementerian Pertahanan (Mindef) pada 14 September.

Forum Beijing Xiangshan menghimpunkan pemimpin pertahanan, tentera dan ehwal luar peringkat tinggi dari seluruh dunia untuk membincangkan pelbagai isu keselamatan lapor The Straits Times (ST).

Forum ini dianjurkan bersama oleh Persatuan Sains Ketenteraan China dan Institut Strategik Antarabangsa China.

Tema forum 2025 adalah “menegakkan ketenteraman antarabangsa dan memajukan pembangunan aman”.

“Lawatan Encik Chan menekankan hubungan pertahanan dua hala yang panjang, mesra, dan erat antara Singapura dan China,” kata Mindef, sambil menambah bahawa beliau akan disertai oleh Panglima Tentera Darat Mejar Jeneral (MG) Cai Dexian, dan pegawai lain dari kementerian.

Semasa lawatannya, Encik Chan akan melawat Universiti Pertahanan Negara Tentera Pembebasan Rakyat (PLA), di mana beliau akan mengadakan perbincangan meja bulat dengan pegawai-pegawai tertinggi PLA dan pegawai-pegawai dari wilayah tersebut.

Beliau juga akan membuat lawatan ke Komando Teater Selatan PLA (STC) di Guangzhou dan Tentera Laut STC di Zhanjiang.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg