Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Chun Sing lawat anggota SAF di Brunei

Aug 23, 2025 | 5:19 PM
Menteri Pertahanan, Encik Chan Chun Sing (dua dari kiri), melawat anggota Angkatan Bersenjata Singapura (SAF) di Temburong, Brunei, pada 23 Ogos. 
Menteri Pertahanan, Encik Chan Chun Sing (dua dari kiri), melawat anggota Angkatan Bersenjata Singapura (SAF) di Temburong, Brunei, pada 23 Ogos.  - Foto MINDEF

Menteri Pertahanan, Encik Chan Chun Sing, melawat anggota Angkatan Bersenjata Singapura (SAF) di Temburong, Brunei, pada 23 Ogos.

Beliau diiringi oleh Panglima Tentera Darat Mejar Jeneral (MG) Cai Dexian dan pegawai kanan SAF yang lain, menurut satu kenyataan yang dikeluarkan Kementerian Pertahanan (Mindef) pada 23 Ogos.

Semasa lawatan Menteri, Encik Chan berinteraksi dengan pegawai kadet yang berlatih di Temburong, Brunei.

Semasa sesi beliau bersama para kadet, Encik Chan turut memuji profesionalisme dan komitmen kakitangan SAF dalam menjalankan latihan mereka dengan cemerlang.

“Jarang sekali ada angkatan tentera yang menghantar askar yang mempunyai pengalaman kurang daripada enam bulan untuk berlatih di hutan.

“Namun bagi kita, menghantar mereka menjalani Kursus Keyakinan Hutan di Temburong untuk bertahan sendiri selama sembilan hari membuktikan mutu latihan dan sistem keselamatan kita, serta keyakinan kita terhadapnya,” kata Encik Chan.

Memandangkan bentuk muka bumi Brunei yang pelbagai dan berbeza dengan Singapura, ia memberikan pengalaman yang tidak ternilai untuk latihan pegawai kadet, membentuk mereka menjadi pemimpin yang berkebolehan dan berdaya tahan, kata Mindef.

Mindef menambah bahawa Singapura dan Brunei juga berkongsi hubungan pertahanan yang rapat dan lama terjalin.

Sebagai tambahan kepada latihan hutan berharga yang dijalankan oleh SAF di Brunei, kededua tentera juga berinteraksi melalui latihan dua hala yang kerap, pertukaran profesional, lawatan dan kehadiran silang kursus.

Justeru, pertukaran tersebut telah mengukuhkan persahabatan dan hubungan profesional antara kededua angkatan tentera.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg