Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Chun Sing kunjung bilik berita BH

Oct 17, 2025 | 8:04 PM
chan chun sing, lawatan, Berita Harian
Menteri Penyelaras bagi Perkhidmatan Awam merangkap Menteri Pertahanan, Encik Chan Chun Sing (barisan depan, empat dari kanan), melawat pejabat Berita Harian (BH) pada 17 Oktober. Kehadiran beliau disambut oleh Ketua Editor Kumpulan Media Inggeris/Melayu/Tamil SPH Media, Encik Wong Wei Kong (lima dari kiri); Editor BH, Encik Nazry Mokhtar (enam dari kiri) dan Editor Berita, Encik Nazri Hadi Saparin (tiga dari kanan) serta Editor Audiens dan Perkembangan, Cik Norhaiza Hashim (tiga dari kiri). - Foto BH oleh SHAFIQ APANDI

Menteri Penyelaras bagi Perkhidmatan Awam, Encik Chan Chun Sing, telah mengadakan lawatan ke pejabat Berita Harian (BH) pada 17 Oktober, sebagai sebahagian daripada usaha beliau mendekati dan memahami operasi akhbar nasional berbahasa Melayu ini. 

Semasa lawatan tersebut, Encik Chan mendengar taklimat mengenai transformasi digital dan pembangunan bilik berita BH yang giat dijalankan sejak 2023 oleh Editor BH, Encik Nazry Mokhtar dan Timbalan Editor Berita BH, Cik Nur Adilah Mahbob.

Turut hadir semasa sesi perkongsian itu ialah Ketua Editor Kumpulan Media Inggeris/Melayu/Tamil SPH Media, Encik Wong Wei Kong; Editor Berita, Encik Nazri Hadi Saparin; Editor Audiens dan Perkembangan, Cik Norhaiza Hashim; dan Ketua Penyunting, Cik Suhana Abdul Samat.

Antara ciri baru yang diketengahkan termasuk pelbagai inisiatif digital dan kandungan interaktif yang memperkukuh peranan BH sebagai sumber berita dan wadah komunikasi masyarakat Melayu/Islam Singapura.

Encik Chan, yang juga Menteri Pertahanan, turut meluangkan masa bersama kakitangan BH melalui sesi dialog.

Sesi yang berlangsung sekitar sejam itu meliputi pelbagai isu termasuk krisis di Gaza dan Palestin, pendidikan, politik identiti serta peranan BH sebagai wadah memperkasa Bahasa Melayu.

Sebelum ini, pejabat BH turut menerima kunjungan beberapa menteri lain, termasuk Menteri Kesihatan, Encik Ong Ye Kung; Pemangku Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam, Profesor Madya Dr Muhammad Faishal Ibrahim dan Anggota Parlimen (AP) GRC Chua Chu Kang, Encik Zhulkarnain Abdul Rahim.

Mengulas lawatan beliau, Encik Nazry berkata: 

“Tujuan lawatan ini adalah untuk BH berkongsi kemajuan yang telah dicapai akhbar ini sejak kami menjalani transformasi digital sekitar dua tahun lalu. 

“Kami juga mengambil peluang ini untuk mengadakan dialog antara Encik Chan dengan kakitangan bilik berita mengenai pelbagai isu merangkumi krisis di Gaza dan Palestin, politik identiti, pendidikan serta peranan BH memajukan bahasa Melayu dan isu berkaitan masyarakat Melayu di sini.

“Beliau juga berpeluang berinteraksi dengan kakitangan muda bilik berita dari seksyen-seksyen yang berbeza untuk memahami operasi dan cabaran di bilik berita secara lebih mendalam.”

Laporan berkaitan
Zhulkarnain kunjungi BH Jul 14, 2025 | 7:43 PM
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg