Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19

Chun Sing: Lebih banyak topik sensitif mungkin diketengah dalam CCE

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Chun Sing: Lebih banyak topik sensitif mungkin diketengah dalam CCE

Apr 02, 2024 | 06:27 PM



Lebih banyak topik sensitif seperti konflik geopolitik mungkin diketengahkan dalam pengajaran Pendidikan Perwatakan dan Kewarganegaraan (CCE), kata Menteri Pendidikan, Encik Chan Chun Sing, dalam sidang Parlimen pada 2 April.

Beliau berkata demikian sebagai respons kepada pertanyaan Anggota Parlimen Encik Sharael Taha (GRC Pasir Ris-Punggol).

Encik Sharael mengajukan soalan bagaimana Kementerian Pendidikan (MOE) memutuskan cara isu berbeza ditangani sebagai sebahagian daripada pengajaran CCE, memandangkan tercetusnya kemunculan topik atau isu yang lebih rumit pada masa hadapan.

Dalam jawapannya, Encik Chan akur peperangan Israel-Hamas “bukanlah satu-satunya isu sensitif dan berunsur emosi” yang pelajar akan hadapi pada masa hadapan.

“Itulah sebabnya kepentingan mengajar pengajaran CCE bagi membantu masyarakat kita memahami emosi mereka.

“Kepelbagaian perspektif dalam kalangan masyarakat juga membantu pelajar kami mempelajari dan mengesahkan maklumat yang mereka terima, yang tersedia secara meluas di media sosial.

“Ia juga membantu mereka memahami keutamaan nasional, kedudukan dan kepentingan.

“Paling penting, ia membantu mereka mengambil tindakan membina dan positif demi perpaduan dan keharmonian,” ujar beliau.

Selain itu, beliau berkata MOE tetap teguh pada pendiriannya untuk tidak menyediakan bahan pengajaran CCE bagi masyarakat umum.

Ini setelah bahan-bahan tersebut sahaja tidak memberi gambaran menyeluruh terhadap cara MOE mengajar mata pelajaran itu, tambah beliau.

Beliau berkata demikian sebagai respons kepada pertanyaan daripada Anggota Parlimen Tanpa Kawasan Undi (NCMP) Parti Kemajuan Singapura (PSP), Encik Leong Mun Wai.

Encik Leong mempersoalkan apakah satu keputusan wajar bahan pengajaran CCE tidak tersedia kepada masyarakat awam atas dasar ketelusan.

Menjelaskan, Encik Chan berkata: “Saya telah memberi komitmen saya kepada Parlimen (menerusi jawapan sebelum ini). Slaid (bahan pengajaran CCE) sahaja tidak menjelaskan secara menyeluruh cara kami mengajar subjek tersebut.

“Kami alu-alukan ibu bapa yang prihatin datang dan dapatkan keterangan daripada guru-guru yang akan menerangkan kepada mereka bagaimana pengajaran ini dilaksanakan.

“Ini lebih baik daripada melihat slaid bahan pengajaran semata-mata tanpa sebarang penerangan dan itulah pendirian kami.

“Inilah cara menyediakan bahan pengajaran yang kami mahukan, termasuk memberi penerangan, kepada ibu bapa yang prihatin.”

Beliau berkata demikian di sebalik luahan rasa kurang senang beberapa ibu bapa pada Februari terhadap pelajaran CCE berkaitan peperangan Israel-Hamas yang telah dilalui anak-anak mereka.

Beliau turut menjelaskan bahawa bahan pengajaran CCE dilakar dengan perundingan pelbagai pihak berkepentingan.

Namun, beliau memberi penekanan bahawa perundingan ini haruslah dilakukan secara berpada.

“Apabila menggunakan perkataan runding, apakah yang kami perlukan? Adakah kami perlu perundingan untuk pelaksanaan atau adakah kami perlu perundingan bagi kandungan mengenai apa untuk dilaksanakan?

“Mentelah, perundingan tidak mengetepikan tanggungjawab kepimpinan bagi kami untuk memutuskan apa yang betul dan perlu dibuat untuk masyarakat dan anak-anak kita.

“Jadi, ya, kami ada berunding tetapi kami pada akhirnya perlu buat keputusan kepimpinan dan itu tanggungjawab kami,” ujarnya.

Beliau berkata demikian sebagai menjawab pertanyaan NCMP PSP, Cik Hazel Poa, yang bertanya sama ada rundingan telah dibuat dengan anggota masyarakat dan pemimpin agama serta guru-guru yang akan mengajar pengajaran bagi topik CCE.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >