Topic followed successfully
Go to BHkuCipta wangian eksklusif dan peribadi di Yousuf Bhai
Cipta wangian eksklusif dan peribadi di Yousuf Bhai
Cipta wangian eksklusif dan peribadi di Yousuf Bhai
Ingin minyak wangi dengan identiti tersendiri?
Kunjungi toko Yousuf Bhai, jenama minyak wangi yang menawarkan pengalaman eksklusif melalui tempahan haruman khas mengkut cita rasa anda.
Ini bermakna setiap pelanggan berpeluang mencipta haruman tersendiri mengikut cita rasa dan personaliti masing-masing – bukan sekadar memilih bauan sedia ada di rak.
Dengan memilih lapisan haruman secara teliti, pelanggan boleh menghasilkan wangian yang benar-benar mencerminkan gaya dan keunikan diri mereka.
Pendekatan unik itu menjadikan Yousuf Bhai bukan sahaja jenama yang menjual minyak wangi sahaja, malah menjadi destinasi yang menawarkan pengalaman peribadi dalam menghasilkan haruman eksklusif.
Setiap wangian yang dihasilkan juga bukan sahaja berbeza antara satu sama lain sahaja, malah membawa sentuhan peribadi pemakainya sendiri.
Daya usaha itu sekali gus memberikan pengalaman lebih bermakna dan istimewa kepada pelanggan, menjadikan setiap botol minyak wangi bukan sekadar sebuah produk, malah lambang gaya dan keperibadian individu.
“Keunikan utama Yousuf Bhai terletak pada konsep pembuatan minyak wangi secara langsung di hadapan pelanggan.
“Setiap haruman dihasilkan mengikut cita rasa individu, membolehkan pelanggan memiliki bauan yang benar-benar eksklusif.
“Haruman atau bau-bauan ini ibarat perisa dalam makanan. Gabungan tepat mampu mencipta pengalaman sempurna,” kata pemilik yang juga pengasas Yousuf Bhai, Encik Yousuf Ali.
Tambahan pula harganya sangat berpatutan, menjadikan produk ini pilihan terbaik bagi mereka yang ingin menikmati mutu setanding minyak wangi berjenama tanpa perlu berbelanja besar.
Jenama itu diinspirasikan daripada latar belakang keluarga Encik Yousuf Ali, yang mempunyai pengalaman luas dalam industri penghasilan minyak wangi di Timur Tengah, menjadikan setiap produk sarat dengan nilai tradisi dan kepakaran.
Buat masa ini, Yousuf Bhai menawarkan promosi menarik, iaitu diskaun 20 peratus bagi pembelian tiga botol dalam satu resit – peluang terbaik bagi mencuba pelbagai jenis haruman.
Dengan visi untuk berkembang ke lebih banyak lokasi, termasuk Singapura dan Borneo, jenama ini mahu menjadikan minyak wangi bermutu dapat dinikmati semua.
“Kami percaya setiap orang berhak menikmati pelbagai jenis minyak wangi pada harga berpatutan.
“Bersama kami, anda boleh memiliki pelbagai haruman yang sesuai untuk setiap suasana atau majlis,” kata Encik Yousuf Ali.
MILIKI MINYAK WANGI EKSKLUSIF:
Lungsuri laman sosial Yousuf Bhai di@yousufbhaiperfumes.sg (IG) atau @yousufbhai.perfumes (TikTok) bagi mendapatkan maklumat lanjut.
Kunjungi kedai Yousuf Bhai di 10 Cuff Road, Little India, Singapura.
Hubungi talian 8172-7375 atau 8172-7376 untuk pertanyaan lanjut.

