Cara mudah segarkan rumah sempena Raya

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Cara mudah segarkan rumah sempena Raya

Gaya cermin personaliti tuan rumah ganti trend minimalis sebelum ini
Mar 24, 2026 | 5:30 AM

Cara mudah segarkan rumah sempena Raya

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula
hiasan rumah raya, segarkan rumah, idea dekorasi hari raya, bob mubarak
Pencipta kandungan gaya hidup, Bob Mubarak Mohd Nasir, menyatakan bahawa trend 2026 menunjukkan peralihan daripada gaya minimalis kepada rumah yang menonjolkan personaliti tuan rumah. - Foto INSTAGRAM BOBMUBARAK

Kebanyakan rumah kini beralih daripada gaya minimalis kepada ruang yang lebih mencerminkan personaliti, menurut pencipta kandungan gaya hidup, Bob Mubarak Mohd Nasir.

Apakah cara untuk menyuntik kesegaran kepada ruang di rumah anda pada Syawal ini sambil menonjolkan ciri unik dan tersendiri?

Ikuti panduan daripada Bob Mubarak dan seorang lagi pereka hias setempat Fatimah Mohsin, mengenai cara menyegarkan ruang dengan mudah – tanpa perlu bersusah payah mengecat rumah:

Kemas dan susun semula perabot

Pastikan ruang sentiasa kemas dan segar.

Cuci langsir yang sudah lama tidak dibasuh supaya boleh elak daripada ruang kelihatan kusam.

Bawa ciri alam semula jadi ke dalam rumah melalui tumbuhan dan bunga.

Tambahkan kusyen hiasan dengan sarung baharu untuk memberikan sentuhan segar serta-merta.

Tentukan satu tema dan pastikan ia tekal

Jika tiada perancangan yang jelas tentang gaya yang ingin dicapai, ruang mudah kelihatan tidak tersusun dan bercelaru.

Seseorang boleh membuat kajian tentang tema tersebut secara dalam talian dan memerhati jenis aksesori, warna serta gaya hiasan yang digunakan, kemudian jadikannya sebagai panduan.

Dengan adanya tema, penampilan keseluruhan boleh kelihatan lebih harmoni.

Pilih aksesori rona warna hangat agar suasana lebih mesra

Gunakan aksesori dengan rona warna seperti kuning air (beige), hijau dan coklat.

Ciri kayu seperti pasu atau bekas dengan penutup kayu memberi rona warna lebih ‘hangat’ berbanding aksesori kaca atau logam yang boleh terasa lebih ‘dingin’.

Usah takut menambah warna dalam hiasan – seperti selimut atau kusyen berwarna kuning mustard, atau fabrik bercorak.

Seni dinding tumpuan utama ruang

Pilih karya yang mempunyai sama ada tekstur yang kaya atau warna yang berani, namun elak daripada menggunakan kededuanya sekali gus supaya tidak kelihatan sarat dan mengganggu visual.

Karya bersaiz besar juga boleh memberi ilusi ruang yang lebih luas, selain menjadi titik tumpuan yang menarik dalam rumah.

Membingkaikan karya seni memberikan penampilan lebih kemas dan elegan, manakala karya tanpa bingkai pula mewujudkan suasana yang lebih ringan dan santai.

Pilih haruman yang sesuai

Gunakan haruman untuk mewujudkan suasana yang menenangkan.

Semburan bilik, ‘reed diffuser’ atau ‘nebuliser aroma’ sesuai digunakan. Pilih bau yang lembut dan tidak terlalu kuat.

Gunakan pencahayaan berlapis

Pencahayaan boleh dibahagikan kepada tiga kategori: ‘task’, ‘ambient’, dan ‘accent’.

Menggunakan ketiga-tiganya membantu mewujudkan lapisan dalam sesuatu ruang serta menambah kedalaman dan dimensi pada ruang.

Pencahayaan ‘accent’ khususnya sesuai untuk tujuan hiasan dan lazim digunakan untuk menyerlahkan ciri tertentu seperti tumbuhan atau karya seni, serta-merta mewujudkan suasana seperti hotel butik.

Pilih warna cerah, perabot sesuai bagi ruang lebih lapang

Tidak semestinya putih sepenuhnya; rona kuning air dan krim juga sesuai untuk mencipta ruang yang terang dan lapang.

Pilih perabot yang saiznya sesuai dengan rumah anda; perabot yang terlalu besar boleh membuat ruang kelihatan sesak.

Konsep ‘less is more’ amat berkesan – biarkan beberapa dinding kosong untuk merehatkan mata dan memberi kesan rumah yang lebih luas dan kemas.

Elakkan penggunaan aksesori berlebihan, dan pilih elemen seperti kaca atau bahan lutsinar untuk mengekalkan suasana ringan dan terbuka.

Berikan sentuhan peribadi

Memberi sentuhan personaliti pada ruang adalah sangat penting, tetapi pastikan ia tidak berlebihan sehingga menyebabkan kekacauan.

Jika anda gemar melancong dan mengumpul cenderamata, pilih beberapa barang yang bermakna untuk dipamerkan dan simpan baki dengan selamat.

Pemilihan fabrik untuk kusyen hiasan juga cara yang baik untuk menzahirkan personaliti anda.

Seni dinding pula merupakan pilihan yang kukuh; pilih satu karya utama dan biarkan ia menjadi tumpuan utama rumah anda.

Kekalkan kebersihan sepanjang Raya

Kemas rumah setiap kali selepas tetamu pulang.

Jangan biarkan kotoran terkumpul kerana ia hanya akan menjadi lebih memenatkan kemudian.

Letakkan semula setiap barang di tempat asalnya dan lap sebarang kotoran pada perabot secepat mungkin.

Sentiasa periksa sisa makanan atau pembungkus yang mungkin tertinggal di bawah sofa atau di celah-celah ruang.

Hasilkan karya sendiri (DIY)

Gubahan bunga merupakan DIY mudah dan sesuai untuk Raya. Terdapat banyak tutorial dalam talian yang boleh dijadikan panduan.

Anda juga boleh hasilkan lukisan sendiri menggunakan cat akrilik. Biarkan kreativiti anda mengalir – dalam seni, tiada betul atau salah.

“Sebuah ‘rumah yang cantik’ ialah rumah di mana pemiliknya berasa bangga untuk menyambut tetamu, dan para tetamu pula berasa selesa serta tenang.

“Ia tidak perlu dihias secara mewah. Rumah yang bersih dan tidak berserabut sentiasa menjadi pilihan terbaik,” kata Bob.

Usahawan industri perkahwinan serta makanan dan minuman (F&B), Fatimah Mohsin, yang juga pemilik perniagaan perhiasan @propupstore memberi beberapa panduan di Instagram.

Antaranya termasuk memilih hiasan Hari Raya yang cantik atau papan ucapan selamat datang dengan kaligrafi Islamik.

Selain itu, mereka boleh memilih perhiasan berwarna emas dengan cara yang bergaya dan bersederhana.

Lapiskan susunan meja dengan alas meja atau ‘runner’ serta peralatan seperti dulang bertingkat tinggi untuk mencipta dimensi.

Cipta hiasan tengah meja yang menonjol seperti satu hiasan reka bentuk kubah, susunan bunga, atau pasu boleh mengubah keseluruhan ruang makan.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Berita Harian di Mudah Alih

  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg