Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Ciri-ciri dormitori pekerja migran milik pemerintah

Dilengkapi ruang hijau, ruang tidur lebih selesa
Nov 18, 2024 | 2:51 PM
Lakaran artis bagi kawasan gerai runcit di dormitori di Tukang Innovation Lane di Jurong.
Lakaran artis bagi kawasan gerai runcit di dormitori di Tukang Innovation Lane di Jurong. - Foto NESST SINGAPORE
Lakaran artis menunjukkan ruang bersama untuk pekerja migran di dormitori khusus di Tukang Innovation Lane di Jurong.
Lakaran artis menunjukkan ruang bersama untuk pekerja migran di dormitori khusus di Tukang Innovation Lane di Jurong. - Foto NPARKS

RUANG BERSAMA LEBIH HIJAU

Ruang hijau disediakan bagi penghuni bermain kriket atau sekadar berehat.

Tumbuh-tumbuhan dan pokok yang biasa terdapat di negara asal pekerja migran, seperti pepohon champak dan neem, akan ditanam.

Lakaran artis bagi bilik yang dihadkan kepada 12 pekerja migram, dilengkapi dengan enam katil bujang dan tiga katil dua tingkat.
Lakaran artis bagi bilik yang dihadkan kepada 12 pekerja migram, dilengkapi dengan enam katil bujang dan tiga katil dua tingkat. - Foto NESST SINGAPORE

RUANG TIDUR LEBIH SELESA

Setiap pekerja migran diperuntuk ruang kediaman lebih besar, iaitu sektiar 4.2 meter persegi.

Sebanyak 210 bilik tidur disediakan, setiap satu dilengkapi tandas dan bilik mandi.

Setiap bilik mempunyai 12 katil – kurang daripada 16 yang terdapat di kebanyakan dormitori sedia ada.

Daripada bilangan itu, enam merupakan katil bujang dan enam katil dua tingkat.

Katil disusun sedemikian supaya pergerakan jiran tidak mengganggu penghuni yang sedang tidur.

Hubungan Internet melalui Wi-Fi turut disediakan.

DAPUR DI SETIAP TINGKAT

Di luar bilik tidur, dapur yang dikongsi berbentuk ‘L’ disediakan di setiap tingkat untuk meningkatkan kecekapan memasak dan menggalakkan pemilikan serta penjagaan yang lebih baik dalam kalangan penghuni.

Ini berbeza dengan dapur besar yang dikongsi untuk semua pekerja, yang disediakan di kebanyakan dormitori.

NESST Singapore, entiti korporat yang ditubuhkan oleh Kementerian Tenaga Manusia (MOM), ingin bekerjasama dengan pengendali komersial untuk menyediakan lebih banyak pilihan makanan bagi pekerja migran di dormitori itu, termasuk bahan berpatutan dan segar untuk memasak, serta hidangan sedia dimakan.

Terdapat juga ruang privet di setiap tingkat dan ruang khusus di setiap bilik untuk bersosial dan beribadah.

Ia turut dilengkapi laluan akses berwarna bagi memudahkan pekerja migran mencari jalan keluar dan mengasingkan mereka secara fizikal sekiranya perlu.

Beberapa pintu juga dibina untuk mengelak kesesakan, dengan pengimbas haba automatik dipasang di gantri bagi mengenal pasti pekerja yang suhu badannya tinggi.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg