ComfortDelGro jalankan siasatan selepas teksi gerak dengan pintu terbuka
ComfortDelGro jalankan siasatan selepas teksi gerak dengan pintu terbuka
ComfortDelGro (CDG) sedang menjalankan siasatan selepas salah sebuah teksinya dilihat dipandu dengan pintu terbuka pada 19 Februari.
“Kami maklum tentang situasi tersebut dan sedang menyiasat perkara ini. Keselamatan pemandu teksi kami ialah keutamaan utama kami,” kata jurucakap syarikat itu sebagai menjawab pertanyaan pada 22 Februari.
Dalam rakaman video yang dimuat naik di laman SGRV Admin, sebuah teksi berwarna kuning dilihat bergerak di lorong paling kanan sebuah jalan dengan pintu di bahagian pemandu terbuka.
Rakaman tersebut kemudian beralih kepada teksi yang sama yang sedang melalui satu lagi laluan jalan. Pemandu tersebut dilihat merehatkan sebelah tangannya pada tingkap bahagian pemandu selama beberapa saat sebelum menutup pintu.
Menurut hantaran tersebut, yang setakat ini telah meraih hampir 300 reaksi, kejadian itu berlaku di Bartley Road East sekitar 6 petang pada 19 Februari.
Ia juga menyatakan bahawa pemandu itu bersendirian di dalam teksi.
CDG tidak menjelaskan sama ada terdapat penumpang di dalam teksi tersebut semasa kejadian itu berlaku.

