Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18

ComLink+ diperluas rangkumi keluarga gaji kecil yang tidak tinggal di flat sewa

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

ComLink+ diperluas rangkumi keluarga gaji kecil yang tidak tinggal di flat sewa

Mar 06, 2024 | 06:57 PM



Bermula Mac 2024, Kementerian Pembangunan Sosial dan Keluarga (MSF) akan meluaskan ComLink+ kepada keluarga berpendapatan rendah yang tidak menetap di flat sewa.

ComLink+ merupakan program yang menyediakan bantuan kewangan kepada keluarga berpendapatan rendah, terikat dengan empat syarat atau “pakej kemajuan” termasuk mendapat pekerjaan yang stabil, mendaftarkan kanak-kanak di prasekolah, membayar hutang dan menabung untuk membeli rumah.

Pada masa ini, ComLink+ dimanfaatkan sekitar 10,000 keluarga di flat sewa awam.

Ia akan diperluas untuk merangkumi 3,000 keluarga lagi yang tidak tinggal di flat sewa awam tetapi layak untuk program KidSTART atau Rangkaian Masyarakat Pasukan Bertindak bagi Peningkatan Pelajar dalam Kehidupan dan Memberi Inspirasi kepada Keluarga (Uplift).

“Keluarga-keluarga ini menghadapi cabaran yang sama seperti keluarga ComLink+ kami dan mereka juga akan meraih manfaat daripada sokongan jurulatih keluarga dan pakej kemajuan ComLink+,” kata Setiausaha Parlimen Kanan (Pembangunan Sosial dan Keluarga), Encik Eric Chua, di Parlimen pada 6 Mac.

Encik Chua menjelaskan jurulatih keluarga mengambil kira keadaan, keperluan dan kekuatan keluarga untuk membangunkan bersama pelan tindakan bersama-sama keluarga tersebut demi mencapai matlamat mereka.

MSF kini mempunyai sekitar 120 jurulatih keluarga dan bercadang mendapatkan sekitar 200 lagi, tambah Encik Chua.

MSF akan menyediakan tambah nilai kewangan melalui Pakej Kemajuan ComLink+ untuk mengiktiraf dan menambah kepada usaha keluarga ComLink+ dalam berusaha ke arah mendapat pekerjaan yang stabil, mencapai kestabilan kewangan, pemilikan rumah dan memberi anak-anak mereka permulaan yang baik dalam pendidikan.

Pakej ComLink+ pertama untuk Prasekolah akan dilancarkan pada separuh kedua 2024 dan Pakej ComLink+ yang lain akan dilancarkan kemudian.

Di bawah pakej tersebut, setiap kanak-kanak berusia antara tiga dengan enam tahun dalam keluarga ComLink+ yang mendaftar dan menghadiri prasekolah secara kerap, boleh menerima sehingga $3,700 dalam Akaun Pembangunan Anak (CDA) mereka.

Ini termasuk menambah nilai CDA sekali sebanyak $500 apabila kanak-kanak itu mendaftar di prasekolah pada tahun dia mencapai umur tiga tahun; dan $200 untuk setiap suku tahun kanak-kanak itu mencapai sekurang-kurangnya 75 peratus kehadiran di prasekolah.

Tambah nilai itu dibiayai oleh salah satu rakan kongsi utama ComLink+ iaitu Bank DBS. Pemerintah juga akan memadankan tambah nilai CDA itu sebagai sebahagian daripada Skim Bonus Bayi, supaya kanak-kanak itu boleh mendapat sebanyak $7,400 secara keseluruhan dalam CDA mereka.

“Saya ingin tekankan bahawa ibu bapa tidak perlu membuat sebarang sumbangan wang. Apa yang mereka perlu lakukan hanyalah mendaftar dan menghantar anak mereka ke prasekolah dengan kerap,” ujar Encik Chua.

Bagi pakej pekerjaan ComLink+ pula, orang dewasa boleh menerima bayaran sehingga $600 setiap suku tahun jika mereka memperoleh pekerjaan dan kekal bekerja.

Mereka yang membuat sumbangan sukarela ke akaun Tabung Simpanan Pekerja (CPF) juga akan menerima geran pemerintah yang sepadan untuk menambah simpanan mereka bagi pemilikan rumah.

Pakej ini dan dua lagi pakej untuk membayar hutang dan membina simpanan untuk membeli rumah akan dilancarkan secara berperingkat mulai 2025.

Pakej-pakej itu akan diuji selama tiga tahun untuk menilai keberkesanannya, kata MSF.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >