Covid-19: 16 kes masyarakat, 3 kes tanpa kaitan

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Covid-19: 16 kes masyarakat, 3 kes tanpa kaitan

Jun 1, 2021 | 5:30 AM

Covid-19: 16 kes masyarakat, 3 kes tanpa kaitan

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula
UJIAN SWAB MANDATORI PERCUMA: Orang ramai beratur di Pusat Pemeriksaan Daerah yang terletak di bekas Sekolah Rendah Da Qiao di Ang Mo Kio bagi menjalani ujian swab. - Foto BH oleh KUA CHEE SIONG
UJIAN SWAB MANDATORI PERCUMA: Orang ramai beratur di Pusat Pemeriksaan Daerah yang terletak di bekas Sekolah Rendah Da Qiao di Ang Mo Kio bagi menjalani ujian swab. - Foto BH oleh KUA CHEE SIONG -

TERDAPAT 16 kes baru Covid-19 dalam masyarakat sehingga 12 tengah hari semalam, termasuk tiga kes tanpa kaitan.

Sebanyak 13 jangkitan dikaitkan dengan kes-kes yang dilaporkan sebelum ini, dengan 11 daripadanya sudah dikuarantin dan baki dua kes pula dikesan melalui pemantauan Kementerian Kesihatan (MOH).

Tiada kes dilaporkan di dormitori pekerja migran.

Mengambil kira tujuh kes import - yang telah dikenakan Notis Jangan Keluar Rumah (SHN) setibanya di Singapura - secara keseluruhan, terdapat 23 kes baru Covid-19 semalam, menurut MOH dalam kenyataannya, membawa jumlah keseluruhan kes Covid-19 di Singapura kepada 62,051.

Bermula hari ini hingga esok, penduduk di Blok 745 di Yishun Street 72 harus menjalani ujian swab mandatori percuma di stesen pengujian yang didirikan di kolong blok itu. Ini selepas beberapa kes Covid-19 dikenal pasti di blok itu, kata Menteri Negara (Ehwal Dalam Negeri merangkap Pembangunan Negara), Profesor Madya Muhammad Faishal Ibrahim, yang juga Anggota Parlimen (AP) GRC Nee Soon.

Semalam, orang ramai dilihat beratur di Pusat Pemeriksaan Daerah yang terletak di bekas Sekolah Rendah Da Qiao di Ang Mo Kio.

MOH juga menawarkan ujian Covid-19 percuma untuk orang ramai yang mengunjungi 308 Anchorvale Road dari 13 Mei hingga 30 Mei untuk "mengurangkan kemungkinan risiko penularan dalam masyarakat yang lebih luas dan tidak dapat dikesan.

Kelmarin, lima daripada 19 kes dalam masyarakat yang dilaporkan, dikaitkan dengan kelompok baru di NTUC Foodfare di 308 Jalan Anchorvale.

Laporan lain:

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Berita Harian di Mudah Alih

  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg