Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Cuaca diramal kering dan berangin

Dec 31, 2022 | 5:30 AM
Datuk Seri Ahmad Maslan
Datuk Seri Ahmad Maslan - AFP

SINGAPURA akan menyaksikan keadaan kering dan berangin dalam beberapa minggu pertama bulan Januari, dengan angin paras rendah bertiup dari barat laut atau timur laut.

Ini berikutan pengukuhan sistem tekanan tinggi di benua Asia utara yang dijangka membawa lonjakan angin kencang timur laut (atau lonjakan monsun) di Laut China Selatan.

"Keadaan Monsun Timur Laut yang berlaku di rantau ini diramalkan berterusan sehingga Januari 2023, dengan angin paras rendah bertiup dari barat laut atau timur laut," kata Agensi Sekitaran Kebangsaan (NEA) dalam satu kenyataan semalam.

Dengan jalur hujan yang terletak jauh dari Singapura pada masa ini, lonjakan itu berkemungkinan akan membawa keadaan kering dan berangin di Singapura dan sekitarnya.

Namun, NEA turut menambah bahawa hujan petir sederhana hingga lebat dijangka di bahagian pulau pada sebelah petang pada kebanyakan hari kemudian.

Cuaca hujan ini boleh berterusan ke petang untuk beberapa hari.

Secara keseluruhan, jumlah hujan untuk dua minggu pertama 2023 diramalkan hampir purata di kebanyakan bahagian Singapura.

NEA berkata sepanjang dua minggu, suhu harian diramalkan antara 24 dan 33 darjah Celsius pada kebanyakan hari.

Pada satu atau dua hari, suhu maksimum harian mungkin mencapai ketinggian sekitar 34 darjah Celsius.

Paras terendah harian sekitar 23 darjah Celsius boleh dijangka pada beberapa hari hujan.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg