Subuh
5:36
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19

Cuaca lembap, sejuk diramal hingga hujung Jan: Khidmat Kaji Cuaca

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Cuaca lembap, sejuk diramal hingga hujung Jan: Khidmat Kaji Cuaca

Jan 16, 2024 | 08:10 PM



Penduduk di sini boleh menjangkakan cuaca lembap dan sejuk sehingga hujung bulan ini, dengan suhu serendah 23 darjah Celsius pada beberapa hari.

Cuaca lembap berkemungkinan berterusan pada minggu pertama dua minggu mendatang, kata Khidmat Kaji Cuaca Singapura (MSS) pada 16 Januari, dan meramalkan hujan berterusan yang meluas – yang mungkin lebat dan kadangkala disertai guruh – antara 18 dan 20 Januari.

Beberapa tempat mungkin mengalami hujan pada tempoh pendek dan guruh pada sebelah petang pada separuh kedua dua minggu berikutnya.

MSS menambah, jumlah hujan bagi separuh kedua bulan Januari dijangka melebihi purata di kebanyakan bahagian pulau itu.

Suhu harian berkemungkinan berjulat antara 23 darjah Celsius dan 29 darjah Celsius pada hari dengan hujan berterusan, manakala suhu maksimum mungkin meningkat sehingga 33 darjah Celsius pada hari lain, kata MSS.

Singapura menyambut dua minggu pertama 2024 dengan cuaca hujan. Kebanyakan tempat di seluruh pulau mengalami hujan beserta petir pada sebelah petang pada kebanyakan hari, dengan hujan berlanjutan ke malam pada beberapa hari.

Paras hujan berada di atas purata selama dua minggu ini, kata MSS. Kranji mencatatkan hujan yang 184 peratus melebihi paras purata.

Pada 4 Januari, terdapat hujan beserta petir sederhana hingga lebat di banyak bahagian Singapura pada sebelah petang. Jumlah hujan harian sebanyak 121 milimeter (mm) yang dicatatkan di Pulau Tekong pada hari itu adalah yang tertinggi dicatatkan bagi separuh pertama Januari 2024.

Suhu maksimum harian dalam tempoh ini adalah di bawah 33 darjah Celsius pada kebanyakan hari, kata MSS, dengan suhu maksimum harian tertinggi sebanyak 33.6 darjah Celsisu dicatatkan di Clementi pada 2 Januari.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >