Cukai lebih tinggi bagi produk tembakau mulai 12 Feb

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Cukai lebih tinggi bagi produk tembakau mulai 12 Feb

Feb 12, 2026 | 6:29 PM

Cukai lebih tinggi bagi produk tembakau mulai 12 Feb

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula
tobacco, ciggarette, smoking
Harga produk tembakau kini meningkat berikutan kenaikan cukai eksais sebanyak 20 peratus yang berkuat kuasa mulai 12 Februari bagi mengurangkan penggunaan. - Foto fail

Produk tembakau kini akan dijual pada harga lebih tinggi, susulan kenaikan cukai eksais tembakau sebanyak 20 peratus yang berkuat kuasa mulai 12 Februari.

Langkah itu bertujuan mengurangkan penggunaan produk tersebut, kata Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan, Encik Lawrence Wong, dalam ucapan Belanjawan.

Ini bermakna cukai bagi cerut, rokok dan produk tembakau lain yang dikilangkan akan dinaikkan daripada $491 sekilogram kepada $589 sekilogram.

Lazimnya, perokok kini perlu membayar 58.9 sen bagi setiap batang rokok, meningkat daripada kadar semasa 49.1 sen, menurut satu kenyataan Kementerian Kewangan (MOF).

Cukai bagi ‘beedies’ (rokok nipis dibalut sehelai daun), ‘ang hoon’ (daun tembakau) dan produk tembakau tanpa asap lain pula akan dinaikkan daripada $329 sekilogram kepada $378 sekilogram.

Sementara itu, cukai bagi tembakau tidak dikilangkan dan tembakau yang telah dipotong, serta sisa tembakau lain, akan meningkat daripada $388 sekilogram kepada $446 sekilogram.

Cukai eksais dikenakan kepada produk yang dikilangkan atau diimport ke Singapura.

Cukai itu boleh dikenakan di samping cukai kastam, yang dikenakan ke atas barangan yang dibawa ke Singapura.

Kali terakhir cukai tembakau dinaikkan ialah sebanyak 15 peratus pada 2023, dengan kenaikan ketika itu dijangka menjana sekitar $100 juta hasil pendapatan tambahan setiap tahun.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg