PGA rampas vape, perisa RM3j dalam operasi di Kelantan, Terengganu dan Pahang

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

PGA rampas vape, perisa RM3j dalam operasi di Kelantan, Terengganu dan Pahang

Feb 11, 2026 | 1:55 PM

PGA rampas vape, perisa RM3j dalam operasi di Kelantan, Terengganu dan Pahang

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula
PGA, vape, operasi di Kelantan, Terengganu dan Pahang, Op Bersepadu E-Cigarette Mega 
Antara serbuan dan pemeriksaan dijalankan Briged Tenggara Pasukan Gerakan Am dan beberapa agensi penguatkuasaan lain di Kelantan, Terengganu dan Pahang, yang membawa kepada rampasan produk vape dan cecair vape bernilai RM3 juta pada 10 Februari. - Foto BERNAMA

KOTA BHARU (Kelantan): Briged Tenggara Pasukan Gerakan Am (PGA) merampas rokok elektronik dan perisa vape pelbagai jenis bernilai lebih RM3 juta ($970,000) melalui ‘Op Bersepadu E-Cigarette Mega’ membabitkan tiga negeri di Pantai Timur, pada 10 Februari.

Komander Briged Tenggara PGA, Penolong Pesuruhjaya Kanan, Encik Ahmad Radzi Hussain, berkata operasi dari 2 hingga 6 petang itu melibatkan 18 siri serbuan premis menjual vape iaitu tujuh di Kota Bharu dan Bachok, Kelantan; tiga di Terengganu (Kuala Terengganu dan Jerteh) dan lapan di Kuantan, Pahang.

“Sebanyak 193.53 liter cecair pelbagai perisa, 10,745 unit peranti vape dan 1,287 unit aksesori dirampas selain 18 lelaki tempatan ditahan untuk siasatan lanjut oleh Kementerian Kesihatan (KKM), pihak berkuasa tempatan (PBT) dan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).

“Pihak KKM dan PBT telah mengeluarkan denda dan kompaun berjumlah RM145,250 di tiga negeri tersebut,” katanya dalam satu kenyataan pada 11 Februari, lapor portal Berita RTM.

Encik Ahmad Radzi berkata operasi melibatkan 157 pegawai dan anggota PGA, 100 pegawai KKM, 59 petugas PBT dan 25 pegawai LHDN.

Beliau berkata tindakan penguatkuasaan itu dibuat mengikut Akta Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam 2024 (Akta 852) serta undang-undang kecil pelesenan dan perindustrian.

“PGA akan terus bekerjasama dengan agensi berkaitan bagi membanteras aktiviti penjualan vape demi melindungi kesihatan awam,” katanya.

Dalam operasi sama di Kuala Lumpur, Komander Briged Tengah PGA, Penolong Pesuruhjaya Kanan, Encik Hakemal Hawari, berkata sebanyak 10 premis menjual cecair rokok elektronik atau vape dan peranti rokok elektronik itu di sebuah pusat borang terkenal di Chow Kit, diperiksa.

Beliau berkata hasil pemeriksaan dijalankan terhadap 10 premis terbabit, pihaknya telah mengesan beberapa kesalahan membabitkan vape dan cecair rokok elektronik itu, termasuk kesalahan membabitkan pelesenan dan tidak membayar cukai.

“Antara kesalahan yang dikenal pasti setakat ini adalah cecair dan peranti tidak berdaftar, tiada lesen premis, permit menjual, berkaitan cukai dan menggaji warga asing,” katanya sambil menambah bahawa KKM turut membuat rampasan cecair vape yang dikesan tidak berdaftar di bawah Seksyen 3 Akta 852.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg