Daftar bagi Perkhidmatan Negara

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Daftar bagi Perkhidmatan Negara

May 3, 2024 | 3:05 PM

Daftar bagi Perkhidmatan Negara

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula
Pendaftaran bagi Perkhidmatan Negara (NS) akan dibuka bagi setiap lelaki warga negara Singapura dan setiap lelaki Penduduk Tetap (PR) Singapura, yang lahir antara 1 April 2007 hingga 30 Jun 2007 (termasuk kedua-dua tarikh tersebut).
Pendaftaran bagi Perkhidmatan Negara (NS) akan dibuka bagi setiap lelaki warga negara Singapura dan setiap lelaki Penduduk Tetap (PR) Singapura, yang lahir antara 1 April 2007 hingga 30 Jun 2007 (termasuk kedua-dua tarikh tersebut). - Foto MINDEF

Pendaftaran bagi Perkhidmatan Negara (NS) akan dibuka bagi setiap lelaki warga negara Singapura dan setiap lelaki Penduduk Tetap (PR) Singapura, yang lahir antara 1 April 2007 hingga 30 Jun 2007 (termasuk kedua-dua tarikh tersebut).

Menyatakan demikian menerusi satu notis pada 3 Mei yang mewajibkan individu membuat laporan bagi pendaftaran, Kementerian Pertahanan (Mindef) berkata seseorang pendaftar mesti mendaftar bagi NS antara 8 Mei 2024 hingga 28 Mei 2024 (termasuk kedua-dua tarikh tersebut)

Mereka boleh lakukannya:

(a) menerusi dalam talian di https://www.ns.sg; atau

(b) secara peribadi di Podium, Pusat Pangkalan Tenaga Manusia (CMPB) yang terletak di 3 Depot Road, Singapura 109680.

Semasa mendaftar bagi NS, pendaftar mesti memilih satu tarikh antara 10 Julai 2024 hingga 7 Ogos 2024 (termasuk kedua-dua tarikh tersebut) untuk pemeriksaan perubatan, dan menjalani pemeriksaan perubatan di CMPB pada tarikh yang dipilih antara 8 pagi hingga 1 tengah hari.

Pemeriksaan perubatan mesti dilalui, melainkan dimaklumkan oleh pihak berkuasa.

Pemeriksaan bertempat di Pusat Pangkalan Tenaga Manusia, CMPB-Podium, 3 Depot Road,
Singapura 109680.

Masa pemeriksaan adalah pada Isnin hingga Jumaat - 8 pagi hingga 5 petang, Sabtu - 8 pagi hingga 1 tengah hari. Ia ditutup pada Ahad dan cuti awam.

Sekiranya ada pertanyaan sila hubungi 1800-3676767 atau emel kepada contact@ns.sg. Anda juga boleh lungsuri https://www.ns.sg.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Berita Harian di Mudah Alih

  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg