Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Daftar terkini pengundi boleh disemak mulai 25 Mac

2.75j rakyat S’pura layak mengundi
Mar 24, 2025 | 5:48 PM
Laporan Jawatankuasa Semakan Sempadan Pilihan Raya (EBRC) yang dikeluarkan pada 11 Mac merupakan petanda utama pilihan raya umum 2025 (GE2025) semakin hampir, begitu juga dengan langkah mengemas kini daftar pengundi. 
Laporan Jawatankuasa Semakan Sempadan Pilihan Raya (EBRC) yang dikeluarkan pada 11 Mac merupakan petanda utama pilihan raya umum 2025 (GE2025) semakin hampir, begitu juga dengan langkah mengemas kini daftar pengundi.  - Foto ST

Rakyat Singapura yang layak mengundi pada pilihan raya umum 2025 (GE2025) boleh menyemak nama mereka dalam daftar pengundi yang telah dikemas kini.

Ia akan dibuka untuk semakan awam mulai 25 Mac.

Berdasarkan semakan terkini, 2,758,095 rakyat layak mengundi pada GE2025, kata Jabatan Pilihan Raya (ELD) dalam satu kenyataan pada 24 Mac.

Ini merupakan peningkatan sebanyak 104,153 pengundi yang layak, berbanding jumlah yang dicatat dalam daftar pengundi yang kali terakhir dikemas kini pada April 2020.

Menurut ELD, jumlah pengundi yang layak itu telah disusun mengikut sempadan kawasan pilihan raya setakat 1 Februari 2025.

“Dengan perubahan pada sempadan kawasan pilihan raya, Jabatan Pilihan Raya kini sedang menyediakan Daftar Pengundi menyeluruh,” katanya.

Daftar dikemas kini itu disusun dengan memindahkan kawasan mengundi yang terlibat ke dalam kawasan pilihan raya yang telah dibentuk semula, mengikut saranan Jawatankuasa Semakan Sempadan Pilihan Raya (EBRC).

Laporan EBRC yang dikeluarkan pada 11 Mac merupakan petanda utama GE2025 semakin hampir, begitu juga dengan langkah mengemas kini daftar pengundi.

Pilihan raya mesti diadakan sebelum November 2025, lapor The Straits Times (ST).

Para pengundi dinasihatkan supaya menunggu pengumuman lanjut daripada ELD mengenai pengesahan Daftar Pengundi menyeluruh sebelum memeriksa butiran mereka dalam daftar tersebut.

“Mereka yang masih ingin menyemak butiran mereka dalam daftar itu berdasarkan Kawasan Pilihan Raya sebelum pelaksanaan cadangan EBRC boleh berbuat demikian secara elektronik,” jelas ELD.

Rakyat Singapura boleh menyemak butiran mereka dalam daftar itu melalui tab ‘Voter Services’ di laman web ELD atau melalui ‘My Profile’ pada aplikasi Singpass.

ELD berkata, mereka yang tidak dapat menyemak butiran mereka dalam daftar secara elektronik boleh melakukannya di mana-mana balai atau kelab masyarakat, atau Pusat ServiceSG, atau di pejabat ELD.

Mereka yang memilih untuk ke pejabat ELD perlu membuat janji temu secara dalam talian atau menghubungi talian 1800-225-5353.

Rakyat Singapura yang berada di luar negara dan tidak dapat menyemak daftar pengundi itu secara dalam talian boleh menyemak butiran mereka di misi luar negara Singapura yang berfungsi sebagai pusat pendaftaran luar negara.

Terdapat 2,653,942 pengundi dalam daftar yang disahkan pada April 2020, dan GE2020 diadakan pada Julai.

Pada 2015, daftar pengundi disahkan pada April, sebelum GE2015 diadakan pada September.

Pada 2011, Hari Mengundi diadakan pada 7 Mei, kurang tiga bulan selepas daftar pengundi disahkan pada 22 Februari.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg