Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Dakwaan mengurat cetus serangan guna senjata tajam di AMK

Aug 8, 2024 | 5:20 PM
Dua bilah pisau antara senjata tajam yang dirampas dalam rusuhan yang melibatkan beberapa orang pada awal pagi 7 Ogos lalu.
Dua bilah pisau antara senjata tajam yang dirampas dalam rusuhan yang melibatkan beberapa orang pada awal pagi 7 Ogos lalu. - Foto SPF

Seorang lelaki yang dikatakan terlibat dalam kejadian mengurat telah ditetak oleh sekumpulan penyerang di Ang Mo Kio pada awal pagi 7 Ogos lalu.

Empat lelaki dan seorang wanita – Faridz Nurhayyan Roslan, 23 tahun, Muhammad Syahin Ali, 22 tahun, Akief Nurhayyan Roslan, 21 tahun, Muhammad Faiz Salman Zakarihya, 25 tahun, dan Siti Nurathirah Muhamad Azhar, 23 tahun – dihadapkan ke mahkamah pada 8 Ogos.

Masing-masing berdepan satu tuduhan merusuh menggunakan senjata maut.

Dua lagi remaja perempuan, berumur 17 dan 21 tahun, sedang membantu siasatan, menurut polis dalam satu kenyataan akhbar.

Polis dimaklumkan mengenai kes serangan yang berlaku di Ang Mo Kio Avenue 10 itu pada kira-kira 3.15 pagi pada 7 Ogos lalu.

Polis menemui seorang lelaki dengan dua kesan tetakan di belakangnya dan dia dikejarkan ke hospital dalam keadaan sedar.

Siasatan mendapati mangsa yang berusia 21 tahun, menurut dokumen mahkamah, diserang sekumpulan empat lelaki yang didakwa bersenjatakan pisau.

Ini berlaku selepas kejadian bercumbu yang dikatakan melibatkan seorang wanita daripada kumpulan penyerang.

Melalui siasatan susulan dan dengan bantuan imej dari televisyen litar tertutup dan kamera polis, anggota polis dari Divisyen Polis Ang Mo Kio mengenal pasti pengenalan tujuh orang yang dipercayai terlibat dalam kejadian itu.

Mereka ditahan hari yang sama. Dua bilah juga pisau dirampas.

Kes terhadap lima individu yang didakwa, ditangguhkan ke 15 Ogos ini.

Bagi kesalahan merusuh sambil bersenjatakan senjata maut, mereka boleh dipenjara sehingga 10 tahun, dan empat lelaki itu juga boleh dirotan.

Polis berkata mereka tidak bertolak ansur terhadap tindakan keganasan yang mengancam keselamatan awam.

“Polis tidak akan teragak-agak untuk menangkap mereka yang melakukan keganasan, dan akan mengambil tindakan tegas terhadap mereka, mengikut undang-undang.”

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg