Subuh
5:38
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19

Dana Wang Saku Sekolah ST terima sumbangan $100,000 dari firma tempatan

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Dana Wang Saku Sekolah ST terima sumbangan $100,000 dari firma tempatan

Feb 20, 2024 | 10:07 PM



Encik Ho Mun Weng dan Cik Ng Ai Yen, yang merupakan pengarah firma tempatan HMW Air Conditioning, ingin menderma kepada Dana Wang Saku Sekolah The Straits Times (STSPMF) sejak lebih 10 tahun lalu selepas membaca mengenainya di akhbar.

Namun, mereka memutuskan untuk menunggu sehingga syarikat mereka, yang hanya mereka berdua sebagai pekerja sepenuh masa, “mampu dari segi kewangan” untuk berbuat demikian.

Pada 20 Februari, Encik Ho, pengarah urusan, dan Cik Ng, pengarah kejuruteraan, menyampaikan cek bernilai $100,000 kepada dana tersebut bagi pihak syarikat mereka.

Sumbangan tersebut juga bersempena ulang tahun ke-20 HMW pada 2024, lapor akhbar The Straits Times (ST).


HMW menyediakan khidmat bagi sistem penghawa dingin komersial dan industri serta sistem pengudaraan mekanikal seperti yang terdapat di pejabat, pusat beli-belah dan kilang.

Cik Ng, 56 tahun, memberitahu ST bahawa mereka memutuskan untuk menderma sekarang kerana “kos sara hidup semakin meningkat dan keluarga berpendapatan rendah mungkin menghadapi masalah kewangan”.


Encik Ho, 76 tahun, menambah: “Saya berharap apabila kami membantu para pelajar ini, ia akan memberi mereka permulaan baik, dan mereka akan menyumbang kepada masyarakat pada masa hadapan.”

Editor Bersekutu ST (Berita), Cik Karamjit Kaur, menerima sumbangan itu bagi pihak dana tersebut di News Centre SPH Media.


Sejak penubuhannya pada 2000, STSPMF telah mengagihkan lebih $97 juta kepada lebih 210,000 kanak-kanak dan golongan muda yang memerlukan.

Setiap bulan, benefisiari yang merupakan pelajar sekolah rendah, menengah dan posmenengah masing-masing menerima $65, $100 dan $125 daripada dana itu.

Secara individu, Encik Ho juga sering menderma kepada Dana Masyarakat serta pertubuhan kebajikan lain, manakala Cik Ng pula memberi sumbangan bulanan kepada Yayasan Buah Pinggang Kebangsaan (NKF) Singapura sejak beliau mula bekerja dahulu.

Sejak sekitar sedekad lalu, beliau turut menghulurkan derma bulanan kepada dua rumah anak yatim di Filipina.

“Pada usia begini, jika kami masih boleh menyara kehidupan dan berbelanja sekadarnya untuk diri sendiri, kami masih ingin menyumbang kepada masyarakat jika mampu,” ujar Cik Ng.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >