Dapatkan sampul Raya Mendaki dalam akhbar cetak BH pada 20 Mac

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Dapatkan sampul Raya Mendaki dalam akhbar cetak BH pada 20 Mac

Mar 18, 2026 | 4:51 PM

Dapatkan sampul Raya Mendaki dalam akhbar cetak BH pada 20 Mac

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula
Dapat sampul Raya Mendaki secara percuma apabila membeli BH cetak pada Jumaat, 20 Mac.
Dapat sampul Raya Mendaki secara percuma apabila membeli BH cetak pada Jumaat, 20 Mac. - Foto BH

Apabila Cik Athirah Alfaiz Loqman, 21 tahun, diberi peluang untuk mereka bentuk sampul Hari Raya Yayasan Mendaki tahun ini, beliau tidak teragak-agak untuk menerima cabaran itu.  

Bagi mahasiswi Reka Bentuk Grafik, Royal Melbourne Institute of Technology (RMIT) itu, menggunakan kreativitinya untuk menyumbang kepada masyarakat adalah satu penghormatan baginya.

Mengambil inspirasi daripada tradisi masyarakat Melayu/Islam, reka bentuk ciptaan Cik Athirah, yang juga penerima  Anugerah Belia Cemerlang 2022 dan Anugerah Mendaki 2024 menonjolkan ciri ‘permaidani’ – satu ruang interaksi di mana keluarga sering berkumpul dan berinteraksi.

Karya berkonsep mozek itu memaparkan pandangan dari atas dan menggambarkan suasana riuh-rendah keluarga, kebersamaan antara generasi, serta diserikan dengan motif lengkungan seni bina Islam.

Sebagai sebahagian daripada kemeriahan sambutan Hari Raya, sampul Raya istimewa akan dilekatkan pada edisi cetak Berita Harian pada 20 Mac. 

Usah lepaskan peluang untuk mendapatkannya!

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Berita Harian di Mudah Alih

  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg