Subuh
5:34
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:21

Datuk 78 tahun senang jalin persahabatan demi bina minda sihat

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Datuk 78 tahun senang jalin persahabatan demi bina minda sihat

Saling menghormati dan berkongsi minat yang sama, seorang warga emas berusia 78 tahun telah menjalin persahabatan bersama seorang relawan muda di Rumah Jagaan NTUC Health, membuktikan bahawa persahabatan boleh mekar pada mana-mana peringkat kehidupan
Mar 15, 2024 | 01:43 PM



Kata orang, ia lebih sukar untuk mempunyai teman baru, apalagi teman rapat, kian anda meningkat usia.

Namun, Encik Victor Lee, 78 tahun, telah membuktikan bahawa itu sekadar mitos. Beliau telah menjalin persahabatan bersama Encik Arthur Leong pada Jun 2023, dan sejak itu, mereka tidak boleh dipisahkan.

Encik Lee, yang menginap di Rumah Jagaan NTUC Health (Tampines) sejak Disember 2023, pertama kali menemui Encik Leong, 22 tahun, semasa satu lawatan menaiki beca anjuran rumah jagaan itu.

Encik Leong, seorang mahasiswa dalam jurusan sains kehidupan dan kimia di Universiti Nasional Singapura, ditugaskan untuk menolak kerusi roda Encik Lee pada hari itu. Beliau menyumbang bakti sebagai relawan di rumah jagaan itu sekurang-kurangnya tiga kali seminggu.

Ia adalah pertemuan pertama yang sangat menyenangkan dan tidak dapat dilupakan sehingga Encik Lee mudah mengingati tarikh lawatan tersebut: 27 Jun 2023.

Jurang usia mereka, melebihi 50 tahun, tidak menyebabkan halangan generasi atau komunikasi. Sebaliknya, mereka berkongsi minat sama.

Misalnya, semasa satu lawatan ke Muzium Negara, beberapa pameran lama mencetus kenangan Encik Lee semasa waktu sekolahnya. Encik Lee yang menjalani pendidikan dalam bahasa Inggeris berkongsi dengan Encik Leong tentang kesukarannya mempelajari bahasa Mandarin di sekolah, perkara sama yang Encik Leong hadapi kerana beliau dilahirkan di Indonesia.

Encik Lee, yang mempunyai 10 cucu berusia antara 11 dan 19 tahun, menyatakan bahawa teman mudanya itu adalah “seorang yang baik, menarik, rendah diri dan sedia membantu”. 

“Berkawan dengan mereka membuat minda saya kekal sihat dan memberi saya lebih pengetahuan,” katanya.

Anak perempuannya, Cik Wendy Lee setuju. Beliau, 51 tahun, juga relawan di rumah jagaan itu, telah melihat perubahan positif terhadap bapanya.

“Mempunyai teman penting buat sesiapa. Tiada sesiapa hidup sendirian. Saya fikir, baik dia berkawan dengan orang muda untuk mendapatkan tenaga positif dan galakan untuk mempelajari perkara baru dan meluaskan lingkaran sosialnya. Ini membantu kesejahteraan emosi dan mentalnya,” kata Cik Lee.

Encik Leong pula tertarik dengan semangat warga emas itu tentang segala-galanya.

“Dia selalu senyum, ceria dan amat ghairah tentang semua perkara, walaupun perkara kecil termasuk lawatan saya ke Malaysia. Saya boleh berbual lama dengannya. Kadang-kala, kami berbual selama sejam atau lebih kerana dia mempunyai minda yang terbuka. Kami memang klik!”

Encik Lee, yang telah bersara melebihi 10 tahun lalu selepas bekerja di sebuah syarikat yang membekalkan kapal dengan barangan keperluan, bersetuju: “Kami telah menjadi kawan baik sejak kami jumpa.”

Berkongsi cerita dan kemahiran


Nasihat Encik Lee kepada warga emas lain yang mahu berkawan dengan orang muda: berhubung dengan orang lain tanpa kira umur mereka melalui sikap saling menghormati dan menghargai.

Encik Lee selalu mengingatkan Encik Leong supaya berhati-hati semasa memandu agar beliau sentiasa selamat di jalan raya. Beliau juga mengajar rakannya yang lebih muda tentang mempunyai nilai yang betul dalam perhubungan dan bersikap lebih menyayangi terhadap neneknya.

Selain berkongsi nasihat, mereka berkongsi cerita. Encik Lee, yang pernah tinggal di sebuah kampung dan memelihara ayam dan itik, seronok memberitahu Encik Leong tentang haiwan dan ikan.

Encik Leong mengimbas kembali: “Apabila kami mengunjungi S.E.A. Aquarium di Resorts World Sentosa, kami selalu berada di tempat paling belakang dalam kumpulan itu kerana Victor akan memberitahu saya tentang setiap ikan yang kami nampak!”

Selain itu, Encik Leong telah mengajar Encik Lee kemahiran baru termasuk membuat kuih tat sempena musim sambutan Tahun Baru Cina dan membuat hiasan tanaman seperti Kokedama, satu teknik Jepun yang menanam tanaman dalam bebola lumut.

Encik Leong, yang tinggal bersama neneknya, kesal tidak meluangkan lebih masa bersama datuknya yang meninggal dunia pada tahun lalu.

“Saya melayan Victor sepertimana saya mahu melayan datuk saya. Saya cuba sabar dan memahami, dan tampil sebagai diri saya apabila bercakap dengannya tentang apa sahaja perkara.”

Itu juga nasihatnya kepada orang lebih muda yang mahu meluangkan lebih masa bersama warga emas dan menjalin persahabatan bermakna dengan mereka.

Encik Leong, yang boleh bertutur dalam bahasa Mandarin dan Indonesia dan merancang mempelajari bahasa Vietnam dan Hokkien, telah menggalakkan kawan-kawannya untuk menurut serta dalam kerja-kerja relawan di Rumah Jagaan NTUC Health (Tampines). 

Kata Encik Leong, “Saya seronok meluangkan setiap saat bersama para penduduk. Walaupun jika saya berbual atau bermain dengan penduduk yang mengalami penyakit demensia selama beberapa minit, ia membolehkan saya berhubungan dengan mereka, menemani mereka dan menawarkan sokongan kepada mereka. Itu adalah kenangan yang saya paling tidak dapat lupakan. Apabila anda menganggap mereka sebagai seorang anggota keluarga atau kawan, ia lebih mudah untuk berkomunikasi dengan mereka.”

Anak perempuan Encik Lee menghargai usaha dan persahabatan Encik Leong. Katanya, oleh kerana bapanya memang mudah berkawan, bapanya mendapati ia bermanfaat dan menggembirakan untuk mempunyai “perbualan yang ikhlas, terbuka dan baik” dengan jejaka lebih muda dan selalu menantikan saat pertemuan dengan Encik Leong.”

Kata Encik Lee: “Arthur selalu buat saya gembira.”

Menua secara aktif


Bagi menggalakkan rakyat Singapura untuk kekal sihat secara fizikal dan mental dan menua dengan lebih yakin, Pelan Tindakan Jawatankuasa Kementerian 2023 bagi Penuaan Berjaya mentakrifkan semula penuaan menerusi kempen “Saya Rasa Muda SG” (“I Feel Young SG”).

Pelan Tindakan itu merangsang dan menggalakkan rakyat untuk kekal aktif berdasarkan tiga tema:

Care (Penjagaan): Memperkasakan warga emas untuk mengambil langkah proaktif dalam pengurusan fizikal dan mental mereka menerusi usaha pencegahan, program penuaan aktif dan perkhidmatan penjagaan.


Contribution (Sumbangan): Menggalakkan warga emas untuk terus berkongsi pengetahuan dan kepakaran mereka, membina masyarakat yang lebih terlibat.


Connectedness (Perhubungan): Menyokong warga emas untuk terus berhubung dengan orang tersayang, kawan-kawan dan masyarakat.


For more inspiring stories on ageing, follow @ifeelyoungsg on Instagram and I Feel Young SG on Facebook.


Siri ini adalah satu inisiatif di bawah Pelan Tindakan untuk Penuaan Berjaya 2023.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >