Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18

DBS peruntuk $30j, 400 sukarelawan bantu keluarga ComLink+ MSF

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

DBS peruntuk $30j, 400 sukarelawan bantu keluarga ComLink+ MSF

Kedua-dua pakej dijangka beri manfaat kepada sekitar 8,500 kanak-kanak dan 1,400 keluarga setiap tahun
Dec 09, 2023 | 07:31 PM



Yayasan DBS akan memperuntukkan $30 juta selama tiga tahun untuk membiayai dua pakej ComLink+ dalam satu kerjasama dengan Kementerian Pembangunan Sosial dan Keluarga (MSF) bagi membantu keluarga dengan anak yang tinggal di flat sewa.

Dua pakej berkaitan ‘Pendidikan Prasekolah’ dan ‘Menabung bagi Pemilikan Rumah’ itu bertujuan menangani kebimbangan keluarga ComLink+ mengenai pemilikan rumah dan pendidikan awal kanak-kanak.

Di bawah kerjasama itu, DBS akan menyumbang kepakaran kewangan dan sumbernya untuk memperkasa keluarga ComLink+ serta Jurulatih Keluarga ComLink+ dengan pengetahuan untuk mengorak langkah ke arah keadaan kewangan lebih baik.

Selain itu, 400 kakitangan DBS telah tampil untuk berkhidmat sebagai sukarelawan dengan menjadi pendamping kepada 200 keluarga ComLink+.

ComLink+ merupakan skim yang bakal dilancarkan secara bertahap bermula separuh kedua 2024 dengan matlamat memperkasakan, khususnya, keluarga yang menetap di flat sewa awam.

ComLink dimulakan pada 2019 untuk memberi keluarga berpendapatan rendah dengan anak yang tinggal di flat sewa HDB pelbagai bantuan dan sokongan yang diselaraskan.


Melancarkan kerjasama itu di Galeri Nasional, Menteri Pembangunan Negara, Encik Desmond Lee melahirkan ucapan terima kasihnya kepada DBS yang kini adalah rakan kerja utama bagi pakej ComLink+, atas sumbangan mereka dan berkata:

“Hubungan peribadi yang dibangunkan dengan jurulatih dan pendamping akan membina asas kuat kepercayaan dan pemahaman yang dapat membantu keluarga.”

Tambah Encik Lee: “Kerjasama antara DBS dengan MSF adalah gambaran tentang apa yang boleh dicapai apabila kita bekerjasama untuk mengubah cara kita menyokong keluarga,

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif DBS, Encik Piyush Gupta menjelaskan: “Dengan bersama-sama keluarga ComLink+ dan menyediakan sokongan tambahan agar mereka dapat menyediakan anak-anak mereka dengan pendidikan awal, memilki rumah dengan lebih pantas serta memperoleh ketahanan kewangan, kami berharap dapat memainkan peranan dalam membantu mereka membina masa depan yang lebih baik.”

Kedua-dua pakej itu dijangka memanfaatkan sekitar 8,500 kanak-kanak dan 1,400 keluarga setiap tahun.

Pakej ‘Pendidikan Prasekolah’ bertujuan menggalakkan keluarga mengutamakan pendidikan prasekolah anak mereka agar mempunyai peluang masa depan pendidikan lebih cerah.

Keluarga yang memastikan anak mereka berdaftar di prasekolah pada tahun anak tersebut berusia tiga tahun akan menerima tokokan $500 sekali sahaja dalam Akaun Pembangunan Anak (CDA) serta tokokan $200 bagi setiap suku tahun jika mereka dapat memastikan kehadiran sekolah baik bagi anak mereka.

Bagi pakej ‘Menabung bagi Pemilikan Rumah’ pula, keluarga yang melakukan tokokan secara sukarela kepada akaun Tabung Simpanan Pekerja (CPF) mereka demi menabung bagi membeli rumah sendiri akan menerima tokokan yang disepadankan pada nisbah 2:1.

Misalnya, jika keluarga itu menambah $1 secara sukarela ke dalam akaun CPF mereka, mereka akan menerima tokokan yang disepadankan sebanyak $2. Pakej tersebut bertujuan mempercepat kemajuan keluarga ComLink+ untuk memiliki rumah sendiri.


Seramai 400 kakitangan DBS akan menjadi pendamping kepada 200 keluarga ComLink+ di kawasan Ang Mo Kio, Yishun, Boon Lay dan Taman Jurong.

Para pendamping sukarelawan itu akan mengunjungi keluarga tersebut setiap bulan dan menjalin hubungan lebih bermakna selain menyediakan sokongan emosi. Mereka juga akan mendekati anak-anak dalam keluarga ComLink+ itu untuk memupuk tabiat dan nilai kewangan yang baik seperti menabung dan merancang bajet.


DBS juga akan meningkatkan latihan kewangan bagi Jurulatih Keluarga ComLink+ untuk melengkapi mereka dengan pengetahuan dan kebolehan agar mereka dapat menyokong keluarga yang terlibat dengan lebih baik.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >