Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

‘Demam’ lampu lap-lip di Chong Pang

Apr 11, 2024 | 4:12 PM
Keluarga Cik Irhana La Asis, 30 tahun (kanan)  bergambar dengan hiasan lampu lap-lip mereka bersama suami, Encik Syahril Omar Taib, 35 tahun (kiri), dan anak-anak mereka, Nurullah, 10 tahun; dan Said Muhd, 11 tahun.
Keluarga Cik Irhana La Asis, 30 tahun (kanan) bergambar dengan hiasan lampu lap-lip mereka bersama suami, Encik Syahril Omar Taib, 35 tahun (kiri), dan anak-anak mereka, Nurullah, 10 tahun; dan Said Muhd, 11 tahun. - Foto ihsan IRHANA LA ASIS

Sejak berpindah ke rumah empat bilik mereka di Blok 107 Yishun Ring Road pada 2017, keluarga Cik Irhana La Asis, 30 tahun, tidak pernah memasang lampu lap-lip bagi menghiasi halaman depan rumah mereka di tingkat sembilan itu sempena Aidilfitri.

Namun, selepas satu hiasan lampu lap-lip melingkar koridor oleh jirannya di tingkat tujuh menjadi tular di media sosial pada tahun-tahun yang lalu, Cik Irhana dan suami, Encik Syahril Omar Taib, tiba-tiba tergerak hati untuk berbuat demikian pada 2024.

Justeru, pada hujung minggu terakhir Ramadan, pasangan dua anak itu meminta bantuan jiran mereka Encik Farid Difari, 46 tahun, untuk memasang lampu lap-lip berbentuk beberapa ketupat kecil yang digantung di atas jendela sahaja.

Encik Syahril (kiri), bersama jirannya Encik Farid Difari memasang lampu lap-lip
Encik Syahril (kiri), bersama jirannya Encik Farid Difari memasang lampu lap-lip -

“Tapi saya dah bilang mereka, kalau letak macam ini sahaja tak cukup. Mesti nak tutup satu koridor,” kata Encik Farid kepada Berita Harian (BH) baru-baru ini.

Disebabkan pengaruh Encik Farid – bahawa hiasan lampu lap lip beliau menjadi tajuk berita pada 2023 – Cik Irhana dan suaminya sanggup pergi ke Angsana di Johor Bahru (JB) dan berbelanja sekitar RM400 ($113) untuk menambah lagi 48 meter lampu lap-lip yang kemudian dipasang di seluruh koridornya pada 8 April – dua hari sebelum Syawal – bersama Encik Farid.

Hiasan lampu lap-lip sepenuhnya di luar rumah Cik Irhana La Asis, di tingkat sembilan, Blok 107 Yishun Ring Road.
Hiasan lampu lap-lip sepenuhnya di luar rumah Cik Irhana La Asis, di tingkat sembilan, Blok 107 Yishun Ring Road. - Foto ihsan IRHANA LA ASIS

“Sebab lampu lap-lip Abang Ayot ini gah sangat, kami pun nak pasang lampu lap-lip tahun ini!” kata Cik Irhana ketika ditemui, merujuk kepada nama gelaran Encik Farid.

“Tahun depan kami rancang nak gotong-royong! Pergi ke JB sama-sama, beli lampu lap-lip, lepas tu pasang sama-sama!” ujar Cik Irhana lagi.

Hiasan lampu lap-lip keluarga Cik Irhana La Asis (kiri) di tingkat sembilan Blok 107 Yishun Ring Road dan hiasan lampu lap-lip keluarga Encik Farid Difari di tingkat tujuh.
Hiasan lampu lap-lip keluarga Cik Irhana La Asis (kiri) di tingkat sembilan Blok 107 Yishun Ring Road dan hiasan lampu lap-lip keluarga Encik Farid Difari di tingkat tujuh. - Foto ihsan IRHANA LA ASIS, SHAFIQ APANDI
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg