Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19

Lap-lip pererat ikatan jiran di Chong Pang

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Lap-lip pererat ikatan jiran di Chong Pang

Keluarga di balik lampu lap-lip viral di Blok 107 Yishun Ring Road kini bantu jiran
pasang lampu lap-lip pula
Apr 09, 2024 | 05:19 PM



Selepas tugasnya sebagai “ketua” di balik hiasan lampu lap-lip viral di Chong Pang diambil-alih adik-beradiknya, Encik Farid Difari, yang memikul tanggungjawab itu selama lebih 12 tahun, membayangkan akhirnya dapatlah beliau berehat sebentar pada 2024.


Namun belum sempat penyelia pembersihan berusia 46 tahun itu ‘menggoyangkan kaki’, beliau diminta untuk membantu seorang jiran memasang lampu lap-lip pada minggu terakhir Ramadan.

“Bang Ayot, tahun ini kita nak pasang lampu lap-lip ah. Boleh tolong tak?” kongsi Encik Farid kepada Berita Harian (BH) merujuk kepada nama ‘manjanya’ Ayot, apabila diminta bantuan oleh jirannya Encik Syahril Omar Taib dan isterinya Cik Irhana La Asis dari tingkat sembilan.







Encik Farid merupakan tuan rumah satu keluarga 13 beranak, dianggotai empat orang anak, enam adik-beradik, isterinya dan seorang anak saudara yang tinggal di tingkat tujuh Blok 107, Yishun Ring Road.

Keluarga itu kerap memasang lampu lap-lip melingkar koridor panjang di luar flat tiga bilik mereka itu sejak lebih 12 tahun lalu.

Ini sehinggakan ia menjadi tular di media sosial pada tahun-tahun yang lalu.







Cuma pada 2024, tugas Encik Difari sebagai perancang utama dan pemasang lampu lap-lip telah diambil alih adik-beradiknya yang menyediakan hiasan bertemakan ala kampung kali ini.

Encik Farid berkata: “Tahun ini adik-beradik cakap, ‘tak apalah, abang rehat sahaja’. Jadi saya tengok-tengok saja,” katanya kepada wartawan ketika ditemui.

“Sudah tentu ada rasa janggal sikit tapi ada pula jiran yang panggil saya untuk bantu pasangkan lampu lap-lip mereka,” ujarnya lagi.







Apabila ditemui, jiran tersebut, Encik Syahril dan Cik Irhana, yang telah tinggal di blok itu sejak 2017, berkata mereka tidak pernah memasang lampu lap-lip.

Mereka tergerak hati berbuat demikian kerana rasa kagum dengan sentuhan kreativiti keluarga Encik Farid.

“Saya tahu, lampu lap-lip abang Ayot ini memang gah... jadi saya minta bantuannya,” kata Cik Irhana, ibu dua anak berusia 30 tahun.

Justeru, pada 7 April, Encik Farid membantu menyediakan hiasan lampu lap-lip berbentuk beberapa ketupat yang digantung dari satu jendela.

Namun, Encik Syahril dan Cik Irhana tidak rasa puas hati kerana hiasan mereka ‘kecil’ sahaja.







Jadi mereka memutuskan untuk membeli lagi 48 meter lampu beraneka warna dari pusat beli-belah Angsana di Johor pada malam itu juga untuk dipasang sepanjang koridor mereka.

Hiasan tambahan itu siap sepenuhnya pada malam 8 April, dua hari sebelum Syawal dengan Encik Farid kelihatan memasang teliti lampu lap-lip itu pada dinding luar rumah agar ia meliputi sepenuhnya koridor tersebut dengan cahaya berwarna-warni.

Encik Syahril dan seorang adik Encik Farid, Encik Faizal Difari, 36 tahun, kelihatan membantunya juga.

Encik Syahril dan Cik Irhana berkata mereka bersyukur, selain mendapat bantuan daripada Encik Farid, mereka dapat mengeratkan hubungan bersama seorang jiran.







“Sebelum ini kita cakap hi dan bye sahaja bila bertemu di lif atau di kolong blok,” kata Encik Syahril, seorang teknisyen berusia 35 tahun.


“Tapi sebab lampu lap-lip ini, kita jadi lebih rapat,” tambahnya.

Bagi Encik Farid pula beliau berasa puas hati tidak ketinggalan dapat memasang lampu lap-lip sekali lagi.

“Walaupun keluarga saya suruh saya relax, tapi nasib ada peluang untuk saya lepaskan geram ini,” katanya, berseloroh.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >