Subuh
5:38
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19

Dendangan spontan bakat S’pura Shazza bersama duo Canada, Crash Adams, tular

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Dendangan spontan bakat S’pura Shazza bersama duo Canada, Crash Adams, tular

Pemenang Anugerah Jauhari Harapan 2023 BH akan turut muncul dalam program Raya, ‘Sinar Lebaran’
Feb 19, 2024 | 09:45 AM



Bukan selalu dapat berduet dan merakam video bersama kugiran pop antarabangsa secara spontan.

Apatah lagi duet tersebut tular di media sosial dengan jutaan tontonan.

Itulah yang berlaku kepada bakat tanah air yang bersuara lunak, Shazza atau nama sebenarnya, Shareefa Aminah Abdul Shariff, 22 tahun. 

Penyanyi serta penggubah lagu itu sedang bersiar-siar di Marina Bay Sands (MBS) apabila beliau ‘diterjah’ untuk bernyanyi bersama Crash Adams – kugiran dari Canada yang dianggotai Rafaele Massarelli and Vince Sasso.

Dalam satu video TikTok dan Instagram kugiran itu pada 6 Februari, mereka mempelawa pengunjung di MBS untuk menyanyi bersama apabila ‘terserempak’ Shazza.







Tanpa berfikir dua kali, gadis yang menerima Anugerah Jauhari Harapan pemberian Berita Harian (BH) pada 2023 kerana kecemerlangannya dalam bidang seni menyahut cabaran dua jejaka itu untuk menyanyikan lagu mereka, Good Side.


Setakat ini, video tersebut mendapat lebih 15 juta tontonan di TikTok dan lebih 29 juta tontonan di Instagram.

Berkongsi dengan BH, Shazza berkata: “Saya sememangnya gementar (pada waktu itu).

“Ia rasa amat mengghairahkan untuk nyanyikan lagu orang lain dan saya mencari cara meletakkan gaya tersendiri dengan berkesan.

“Saya ingin hasil nyanyian itu bagus dan berikan yang terbaik, jadi tekanan itu tetap ada.”

Beliau menjelaskan rakaman dan sesi tersebut dibuat secara spontan setelah kugiran itu sedang merakam kandungan mereka ketika berada di Singapura.

“Bukan selalu anda berpeluang untuk menjadi sebahagian daripada video Crash Adams!” selorohnya.

Menariknya, beliau tidak begitu mengenali tentang kugiran itu selain daripada detik mereka membuat persembahan bagi program akhir tahun di Singapura pada 2023 dan bagi menyambut Tahun Baru 2024, ujar Shazza.

Pengalaman bernyanyi di hadapan penonton secara spontan bersama kugiran itu, jelas beliau, adalah sesuatu yang sangat menyeronokkan kerana beliau dapat rasakan semangat dan nyala rasa kugiran itu terhadap muzik mereka.

Shazza menambah: “Ia sesuatu pengalaman yang sukar dilupakan dan dengan video yang tular, ia pencapaian di luar jangkaan.

“Saya berpendapat orang ramai menikmati lagu dan video ini kerana liriknya boleh dikaitkan (dengan mereka) dan ia lagu yang cukup menyeronokkan untuk dinyanyikan dari segi melodi.”

Oleh demikian, Shazza, anak kedua tiga beradik itu menghargai pendedahan dan reaksi yang diberikan warganet kepadanya.

“Saya anggap ia adalah satu keistimewaan dan keberkatan tidak terhingga untuk melaksanakan impian saya dengan cara sebegini pada saat ini dalam hidup saya.

“Saya benar-benar ingin memanfaatkan saat ini sebaik mungkin dan melakukan seberapa banyak perkara baik dengan keberkahan yang ada,” tambahnya.

Sebelum ini, Shazza yang bernaung di bawah label Cross Ratio Entertainment mencatat kecemerlangan di peringkat antarabangsa apabila beliau dipilih wadah penstriman Spotify untuk terlibat dalam kempen kesaksamaan jantina dan pemerkasaan wanita dalam industri muzik, Equal, sempena Hari Wanita Antarabangsa.

Wajahnya kemudian menghiasi papan iklan Times Square di New York City bersama artis lain iaitu penyanyi rap Canada, Michie Mee dan penyanyi serta penggubah lagu Poland, Nita, pada Ogos 2023.

Sebelum ini, dua artis setempat yang pernah dipaparkan di Times Square adalah Tanya Chua dan Jasmine Sokko.

Dengan satu demi satu kejayaan Shazza, termasuk lagu ciptaannya, Right Person, Wrong Time, distrim di Spotify melebihi 1.75 juta kali, pencapaian besar buat artis Melayu/Islam Singapura, Shazza menjadi teladan baik buat belia lain dan disampaikan dengan Anugerah Jauhari Harapan, pengiktirafan tahunan BH, yang diberi kepada individu Melayu/Islam cemerlang yang berusia 30 tahun dan ke bawah.


Buat kali pertama sejak Shazza terlibat dalam bidang seni secara profesional, beliau akan menjadi antara artis program Hari Raya Suria, Sinar Lebaran 2024, bagi sambutan Aidilfitri kelak.


“Saya amat teruja dan dengan penglibatan dalam program Hari Raya ini, ia satu lagi pencapaian buat saya dalam mendekati pasaran Melayu pula,” ujarnya yang pernah menyanyikan lagu tema Pesta Raya, anjuran Esplanade, pada 2023 dan membuat ‘cover’ lagu P. Ramlee, Getaran Jiwa, di YouTube.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >