Dermasiswa foodpanda ringankan beban kewangan pekerja ‘gig’ tingkat diri
Premium
Dermasiswa foodpanda ringankan beban kewangan pekerja ‘gig’ tingkat diri
Aug 5, 2024 | 5:30 AM
Encik Danish Said (kiri) merupakan antara 30 rakan penghantaran foodpanda yang menerima dermasiswa $400 daripada Ketua Logistik foodpanda, Encik Jonathan Borenstein (kanan). - Foto FOODPANDA
Setelah empat tahun menjadi pekerja ‘gig’ sambilan dengan foodpanda, Encik Danish Said tidak menyangka beliau akan menerima dermasiswa daripada syarikat pengendali wadah penghantaran makanan dan barangan runcit terkemuka Singapura itu.
Pelajar berusia 28 tahun itu mendapat tawaran tersebut semasa mengikuti pengajian semester kedua program Diploma Perbankan dan Kewangan di Politeknik Singapura (SP).
Laporan berkaitan
Tempat letak kenderaan khas dikaji bagi tingkatkan tahap proses hantaran Jul 22, 2024 | 3:55 PM
Foodpanda cebur niaga baru, kirim barangan ditempah dalam talianApr 29, 2024 | 6:00 PM

