Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Desmond Choo sedia hadapi saingan WP di SMC Tampines Changkat

Apr 23, 2025 | 1:13 PM
Desmond Choo, SMC Tampines Changkat, PAP
Calon Parti Tindakan Rakyat (PAP), Encik Desmond Choo sah bertanding di SMC Tampines Changkat. - Foto fail

Calon Parti Tindakan Rakyat (PAP), Encik Desmond Choo, disahkan bakal bersaing dengan calon Parti Pekerja (WP), Encik Kenneth Foo, di SMC Tampines Changkat yang dipertandingkan buat kali pertama di GE2025.

Permohonan kededua calon untuk bertanding di kawasan undi tersebut diterima pada Hari Penamaan Calon pada 23 April.

Tampines Changkat antara enam  Kawasan Undi Perseorangan (SMC) baru yang dibentuk hasil laporan Jawatankuasa Semakan Sempadan Pilihan Raya pada 11 Mac.

Kawasan undi itu mempunyai 23,802 pengundi berdaftar dan dikeluarkan daripada GRC Tampines selepas jumlah penduduk di kawasan itu bertambah.

Bergiat dalam politik pada 2010, Encik Choo memulakan kerjaya politiknya semasa Pilihan Raya Umum (GE) 2011 di SMC Hougang.

Ketika itu, beliau kalah kepada Encik Yaw Shin Leong, daripada Parti Pekerja (WP), yang memperoleh 64.8 peratus undi.

Beliau dicalonkan oleh PAP sekali lagi pada pilihan raya kecil SMC Hougang pada 2012, namun kalah kepada Encik Png Eng Huat daripada WP yang mendapat 62.08 peratus undi.

Encik Choo, yang menjawat jawatan sebagai Penolong Setiausaha Agung Kongres Kesatuan Sekerja Kebangsaan (NTUC) dan juga Pengarah Divisyen Dasar, telah berkhidmat di kawasan Tampines Changkat sebagai sebahagian daripada pasukan PAP di GRC Tampines selama lebih 10 tahun.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg