Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Desmond Lee ganti Heng Swee Keat sebagai pengerusi PAP

May 29, 2025 | 7:44 PM
Menteri Pendidikan, Encik Desmond Lee, kini pengerusi baru Parti Tindakan Rakyat (PAP).
Menteri Pendidikan, Encik Desmond Lee, kini pengerusi baru Parti Tindakan Rakyat (PAP). - Foto ST

Menteri Pendidikan, Encik Desmond Lee, telah dilantik sebagai pengerusi baru Parti Tindakan Rakyat (PAP).

Beliau menggantikan mantan Timbalan Perdana Menteri, Encik Heng Swee Keat, yang bersara daripada politik.

PAP turut mengumumkan perubahan lain kepada badan kepimpinan tertingginya pada 29 Mei.

Menteri Kesihatan, Encik Ong Ye Kung, dilantik sebagai bendahari parti, manakala Menteri Pembangunan Negara, Encik Chee Hong Tat, dilantik sebagai penolong bendahari.

Pemangku Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam, Profesor Madya Dr Muhammad Faishal Ibrahim, dilantik sebagai anggota baru Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) PAP, dan juga akan mempengerusikan Biro Hal Ehwal Melayu PAP.

Pelantikan baru itu berkuat kuasa mulai 29 Mei, kata PAP dalam satu kenyataan.

CEC merakamkan penghargaan kepada Encik Heng di atas kepimpinan dan perkhidmatannya selama bertahun-tahun kepada parti dan Singapura, serta mengucapkan yang terbaik bagi persaraannya daripada politik.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg