Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Dewan sokong Belanjawan Kecekalan, gesa anggota jalani inovasi, berjimat

May 26, 2020 | 9:16 PM
BANTU SME: Huraian mudah alih terkini bertujuan menolong perniagaan kecil dan sederhana yang telah terjejas oleh pandemik Covid-19 sekarang. - Foto ST
BANTU SME: Huraian mudah alih terkini bertujuan menolong perniagaan kecil dan sederhana yang telah terjejas oleh pandemik Covid-19 sekarang. - Foto ST -

Dewan Perniagaan dan Perusahaan Melayu Singapura (DPPMS) berkata ia berbesar hati dengan sokongan kuat yang ditunjukkan pemerintah melalui Belanjawan Kecekalan untuk menambah aliran tunai, kos dan kredit, mempercepat transformasi dan menambah kemahiran pekerja.

Ini termasuk langkah pemerintah mempertingkat Skim Bantuan Pekerjaan (JSS), yang antara lain dilanjutkan sebulan untuk membiayai gaji pekerja bagi Ogos. Ini bermakna majikan akan mendapat subsidi gaji bagi semua pekerja setempat selama 10 bulan. Pelanjutan ini akan menelan belanja $23.5 bilion.

Dalam kenyataannya pada Selasa (26 Mei), DPPMS berkata ramai dalam kalangan anggotanya telah meluahkan keprihatinan mengenai daya tahan perniagaan mereka selepas JSS berakhir selepas Mei 2020.

"Ini terutama sekali bagi perniagaan yang tidak dapat dibuka sebaik tempoh pemutus litar berakhir. Justeru, sokongan khusus yang telah dilanjutkan kepada industri yang tidak boleh beroperasi sepenuhnya dalam tempoh dekat dan pertengahan, adalah amat membantu kepada perniagaan yang terjejas," kata DPPMS.

Presiden DPPMS Encik Farid Khan berkata: "Ada perniagaan milik anggota kami yang memerlukan sokongan lanjut selepas tempoh pemtuus litar...JSS yang dipertingkat penting untuk memastikan perniagaan ini terus berdaya tahan."

Dalam kenyataannya, DPPMS juga berkata ia menghargai Belanjawan Kecekalan kerana memberikan tempoh pengecualian sewa kepada syarikat kecil dan sederhana (SME) yang akan disokong undang-undang yang mengarahkan pemilik hartanah supaya membantu SME yang terjejas.

"Namun, langkah-langkah ini harus terus disemak, untuk memastikan SME benar-benar memanfaatkan pengecualian sewa yang diumumkan," kata DPPMs.

"Apabila perlu, peningkatan selanjutnya boleh dipertimbangkan untuk membantu perniagaan menampung kos operasi."

Encik Farid, melalui kenyataan itu juga menggesa semua anggota DPPMS untuk bersikap inovatif dan berjimat dalam menggunakan sokongan yang diberikan, selain menggunakan masa ini untuk berubah perniagaan bagi masa depan.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg