Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Dialog Masyarakat BH kupas isu kesihatan mental, wakaf masyarakat

May 18, 2024 | 5:30 AM
(Dari kanan) Moderator dialog Timbalan Editor Berita, Cik Nor Adilah Mahbob; Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam, Encik Masagos Zulkifli Masagos Mohamad; Anggota Parlimen (AP) Encik Zhulkarnain Abdul Rahim (GRC Chua Chu Kang); dan Dr Wan Rizal Wan Zakariah (GRC Jalan Besar).
(Dari kanan) Moderator dialog Timbalan Editor Berita, Cik Nor Adilah Mahbob; Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam, Encik Masagos Zulkifli Masagos Mohamad; Anggota Parlimen (AP) Encik Zhulkarnain Abdul Rahim (GRC Chua Chu Kang); dan Dr Wan Rizal Wan Zakariah (GRC Jalan Besar). - Foto BH oleh NUR DIYANA TAHA

Lebih 30 asatizah dan pelajar daripada institut pendidikan agama dan madrasah sepenuh masa turut serta dalam Dialog Masyarakat Berita Harian (BH) pada 17 Mei di bangunan SPH Media di Toa Payoh.

Dialog tersebut turut dihadiri Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam, Encik Masagos Zulkifli Masagos Mohamad, Anggota Parlimen (AP) Encik Zhulkarnain Abdul Rahim (GRC Chua Chu Kang) dan Dr Wan Rizal Wan Zakariah (GRC Jalan Besar) sebagai anggota panel.

Perbincangan dialog tersebut dikemudi oleh Timbalan Editor Berita, Cik Nur Adilah Mahbob, sebagai moderator.

Dialog yang berlangsung selama tiga jam itu merupakan antara siri dialog anjuran BH bagi memberikan peluang kepada para peserta untuk memberikan pandangan, idea dan maklum balas kepada dasar-dasar tertentu pemerintah.

Ia juga peluang bagi para anggota panel untuk mendengar dan menerangkan dasar-dasar serta pendekatan yang telah diambil bagi isu-isu tersebut.

Sebelum sesi dialog bersama Menteri dan para AP, para peserta telah melibatkan diri dalam perbincangan kumpulan fokus yang mengetengahkan isu-isu berkenaan Wakaf Masyarakat Singapura, isu keharmonian agama dan juga kesihatan mental.

Mereka juga diberi peluang untuk berkongsi rumusan perbincangan dan saranan mereka kepada para anggota panel.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg