Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Dilarang renang di Pantai Taman Sembawang dek bakteria tinggi

Jan 24, 2025 | 4:05 PM
Penggemar pantai dinasihatkan oleh Agensi Sekitaran Kebangsaan (NEA) supaya tidak berenang atau melakukan kegiatan di mana seluruh badan atau muka kerap bersentuhan dengan air di Pantai Taman Sembawang.
Penggemar pantai dinasihatkan oleh Agensi Sekitaran Kebangsaan (NEA) supaya tidak berenang atau melakukan kegiatan di mana seluruh badan atau muka kerap bersentuhan dengan air di Pantai Taman Sembawang. - Foto ST

Penggemar pantai boleh terus bermain air di enam daripada tujuh pantai di Singapura yang telah diberikan penilaian “baik”, namun air di Pantai Taman Sembawang ditentukan tidak selamat untuk berenang.

Pantai Pasir Ris, yang mendapat penilaian sederhana pada Februari 2024, kini sesuai untuk berenang.

Kegiatan seperti papan luncur, meluncur angin dan latihan rendaman air juga dapat diteruskan, kata Agensi Sekitaran Kebangsaan (NEA) dalam satu kenyataan pada 24 Januari.

Menurut laporan The Straits Times, lima pantai lain yang mendapat penilaian baik adalah Changi, Taman East Coast, Punggol, Pulau Seletar dan Sentosa.

Penilaian terkini mengenai Pantai Taman Sembawang adalah sederhana kerana airnya mengandungi paras bakteria Enterococcus tinggi, yang meningkatkan risiko jangkitan gastrousus, yang boleh mengakibatkan gejala seperti sakit perut, cirit-birit, sembelit dan muntah.

Pengunjung pantai dinasihatkan supaya tidak berenang atau melakukan kegiatan di mana seluruh badan atau muka sering bersentuhan dengan air di Pantai Taman Sembawang, kata NEA.

Namun, kegiatan belayar, berkanu dan berkayak boleh diteruskan seperti biasa.

Pantai dinilai berdasarkan garis panduan kualiti air rekreasi Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO), yang mengambil kira kejadian peningkatan paras bakteria Enterococcus dalam sampel air.

Pada 2024, paras bakteria yang tinggi dikesan di air Pantai Pasir Ris dan Pantai Taman Sembawang.

Kajian menunjukkan bahawa paras bakteria yang tinggi di kededua pantai ini mungkin berasal dari tempat seperti pusat sampah, kedai makan atau tapak pembinaan.

NEA berkata: “Amalan kebersihan yang tidak betul, seperti membuang air yang mengandungi bahan buangan ke dalam longkang, boleh memberi kesan kepada kualiti air di saluran air kita.”

Pengunjung pantai boleh merujuk kepada Maklumat Kualiti Air Pantai Jangka Pendek NEA setiap minggu di laman webnya atau aplikasi myENV, sebelum membuat keputusan untuk bermain dalam air.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg