Noor Mohamad Services & Travel Pte Ltd dengan penuh kesyukuran mengumumkan penerimaan kelulusan rasmi daripada Majlis Ugama Islam Singapura (Muis) untuk mengendalikan Pakej Haji bagi musim 1447 Hijrah (Masihi 2026).
Pengiktirafan ini mendorong syarikat komited menyediakan perkhidmatan haji bermutu tinggi serta bimbingan ibadah menyeluruh.
Menurut Pengarah Noor Mohamad Services & Travel, Ustazah Juyda Noor Mohamad, pihaknya merakamkan penghargaan kepada Muis atas kepercayaan yang diberikan, dan beriltizam menyempurnakan amanah ini dengan sebaiknya serta membantu jemaah menunaikan Rukun Islam kelima dengan yakin, tenang dan tersusun.
Sejajar dengan tumpuan terhadap kesejahteraan jemaah, syarikat meningkatkan penginapan Pakej Haji 2026. Jemaah akan ditempatkan di hotel moden di Aziziyah, menggantikan apartmen.
Penginapan baru ini menawarkan bilik berpenyaman udara, ruang makan yang teratur, serta tempat strategik. Ia turut menempatkan klinik perubatan Muis dalam bangunan yang sama, memudahkan jemaah mendapatkan rawatan dan pemantauan kesihatan tanpa perlu bergerak jauh.
Selain itu, jemaah akan menetap di hotel berhampiran Masjidil Haram dan Masjid Nabawi bagi memastikan keselesaan dan kemudahan beribadah sepanjang perjalanan.
Komponen bimbingan ibadah dikendalikan oleh pasukan asatizah berpengalaman, termasuk Ustaz Mohammad Hafiz Kusairi dan Ustazah Juyda sendiri melalui siri Kursus Persediaan ke Baitullah. Sepanjang perjalanan, jemaah terus dibimbing melalui kuliah dan pengisian rohani yang konsisten.
Di Arafah, Muzdalifah dan Mina, pasukan operasi terlatih memastikan setiap rukun dan wajib haji dilaksanakan dengan tertib mengikut sunah. Selain sokongan kemudahan Muis, Noor Mohamad Services turut menyediakan pasukan perubatan sendiri demi menjaga kebajikan jemaahnya.
Bagi keselesaan pemakanan, pihak syarikat membawa cef tempatan bagi menyediakan hidangan ala lauk Singapura, di samping bufet Antarabangsa yang ditawarkan di Elaf Kinda selepas 14 Zulhijah. Setiap hidangan disediakan segar, bersih dan pastinya menepati cita rasa jemaah Singapura.
“Fokus kami ialah memastikan jemaah beribadah dengan sempurna dalam keadaan yakin dan tenang, dengan kebajikan serta kesihatan mereka sentiasa terpelihara,” ujar Ustazah Juyda.
Mengapa Pilih Noor Mohamad Services & Travel
1. Pakej disahkan Muis,
2. Rekod pengalaman kukuh dalam pengurusan Haji dan Umrah,
3. Pasukan bimbingan berkelayakan,
4. Penginapan moden dengan sokongan perubatan bersepadu, dan
5. Khidmat menyeluruh dari Singapura hingga tanah suci.
SEKILAS
* Pendaftaran dibuka setelah jemaah mendapat Surat Tawaran (LOO) daripada Muis bermula dari 1 Disember hingga 15 Disember 2025.
* Tempat terhad. Bagi maklumat lanjut, sila hubungi talian 6743-5321 atau WhatsApp ke talian 9225-1684.
* E-mel noormst@gmail.com; lungsuri laman: noormohamad.com bagi maklumat lanjut.


Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg