Diplomat veteran diiktiraf Anugerah Pencapaian Sepanjang Hayat Abdeali Tayebali 2026

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Diplomat veteran diiktiraf Anugerah Pencapaian Sepanjang Hayat Abdeali Tayebali 2026

Jan 28, 2026 | 8:00 PM

Diplomat veteran diiktiraf Anugerah Pencapaian Sepanjang Hayat Abdeali Tayebali 2026

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula
Pengerusi Amanah Keluarga Abdeali Tayebali, Encik Ameerali Abdeali (empat dari kiri), menyampaikan Anugerah Pencapaian Sepanjang Hayat Abdeali Tayebali 2026 kepada Zamil Utama di Institut Penyelidikan Asia Universiti Nasional Singapura (NUS), Profesor Kishore Mahbubani (tiga dari kanan) semasa majlis penyampaian anugerah tersebut di Raffles Town Club,  pada 28 Januari. Turut bersama mereka dalam gambar adalah (dari kiri) Duta Singapura ke Habsyah dan Kesatuan Afrika (AU) (Bukan Pemastautin), Encik A Selverajah; Pengasas dan Presiden Roses of Peace, Encik Mohamed Irshad Abbas Ali; mantan Duta Singapura ke Italy dan Turkey, Encik Krishnasamy Kesavapany; mantan Anggota Parlimen Dilantik (NMP), Encik Viswaroopan Sadasivan; dan Pengarah Bebas Utama Yayasan Salleh Marican, Dr Ahmad Magad.
Pengerusi Amanah Keluarga Abdeali Tayebali, Encik Ameerali Abdeali (empat dari kiri), menyampaikan Anugerah Pencapaian Sepanjang Hayat Abdeali Tayebali 2026 kepada Zamil Utama di Institut Penyelidikan Asia Universiti Nasional Singapura (NUS), Profesor Kishore Mahbubani (tiga dari kanan) semasa majlis penyampaian anugerah tersebut di Raffles Town Club, pada 28 Januari. Turut bersama mereka dalam gambar adalah (dari kiri) Duta Singapura ke Habsyah dan Kesatuan Afrika (AU) (Bukan Pemastautin), Encik A Selverajah; Pengasas dan Presiden Roses of Peace, Encik Mohamed Irshad Abbas Ali; mantan Duta Singapura ke Italy dan Turkey, Encik Krishnasamy Kesavapany; mantan Anggota Parlimen Dilantik (NMP), Encik Viswaroopan Sadasivan; dan Pengarah Bebas Utama Yayasan Salleh Marican, Dr Ahmad Magad. - Foto BH oleh SYED MUHAMMAD FIRDAUS

Diplomat veteran dan cendekiawan, Profesor Kishore Mahbubani, telah dianugerahkan Anugerah Pencapaian Sepanjang Hayat Abdeali Tayebali 2026.

Beliau yang berusia 77 tahun merupakan penerima ke-11 anugerah tersebut.

Anugerah itu mengiktiraf sumbangan Zamil Utama di Institut Penyelidikan Asia Universiti Nasional Singapura (NUS) itu dalam memupuk keharmonian antara agama, kepimpinan masyarakat, dan penglibatan antarabangsa.

Pengerusi Amanah Keluarga Abdeali Tayebali, Encik Ameerali Abdeali, menyampaikan anugerah tersebut kepada Profesor Mahbubani dalam satu majlis di Raffles Town Club pada 28 Januari.

Majlis penyampaian anugerah tersebut dihadiri lebih 200 tetamu.

Antara mereka yang hadir termasuk Pengasas dan Presiden Yayasan Salleh Marican, Encik Salleh Marican; Duta Singapura ke Hasbyah dan Kesatuan Afrika (AU) (Bukan Pemastautin), Encik A Selverajah; dan Duta Singapura ke Kuwait (Bukan Pemastautin), Encik Zainul Abidin Rasheed.

Dalam ucapannya, Encik Ameerali berkata beliau pada mulanya bercadang untuk mengehadkan Anugerah Pencapaian Sepanjang Hayat itu kepada 10 penerima.

Namun, beliau percaya Profesor Mahbubani dipilih berdasarkan keluasan sumbangan dan kesannya, sambil menegaskan bahawa pemilihan penerima anugerah tersebut bukan dibuatnya secara peribadi.

Menyentuh tentang untuk keputusan memilih Profesor Mahbubani untuk anugerah tersebut kepada Berita Harian (BH), Encik Ameerali berkata:

“Profesor Mahbubani diiktiraf di peringkat antarabangsa sebagai seorang cendekiawan awam global, suara utama mengenai kebangkitan Asia, serta pakar dalam bidang geopolitik dan diplomasi.

“Tulisan beliau digunakan di universiti dan pusat pemikir di seluruh dunia, menjadikannya individu penting bagi sesiapa yang membincangkan hal ehwal global, keharmonian, atau kepimpinan strategik.

“Atas sebab ini, walaupun beliau merupakan penerima ke-11, beliau adalah penerima yang paling cemerlang setakat ini,” kongsi beliau yang juga Pengasas dan Presiden Kehormat Persatuan Bertindak Ginjal Bagi Masyarakat Islam (MKAC).

Anugerah itu dilancarkan Encik Ameerali, seorang pesara penjawat awam, pada 2012, bagi memperingati Allahyarham Abdeali Hj Tayebali, seorang tokoh masyarakat yang menekankan tanggungjawab sosial, kepimpinan beretika, dan khidmat pada masyarakat.

Semasa berucap dalam majlis penyampaian anugerah tersebut, Profesor Mahbubani melukiskan gambaran tentang perjalanan hidupnya yang penuh dengan liku-liku serta jatuh bangun.

“Setiap kali saya jatuh, detik itulah yang memberi saya pengalaman pembelajaran yang besar, membentuk daya ketahanan, dan membuat saya memahami erti sebenar kehidupan.

“Jika kita sentiasa berada di puncak, kita tidak akan benar-benar memahami erti kehidupan; hanya apabila kita melalui kesusahan dan penderitaan barulah kita mengerti,” kongsi beliau.

Kerjaya Profesor Mahbubani sebagai diplomat menjangkau selama 33 tahun dari 1971 hingga 2004, termasuk tatkala beliau berkhidmat sebagai Duta Singapura ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan memegang jawatan Presiden Majlis Keselamatan PBB pada 2001 dan 2002.

Beliau kemudian mengukir kerjaya dalam bidang akademik, termasuk menyandang jawatan sebagai dekan pengasas Sekolah Dasar Awam Lee Kuan Yew dari 2004 hingga 2017.

Selain itu, beliau juga telah menulis beberapa buku, termasuk buku barunya bertajuk Living the Asian Century: An Undiplomatic Memoir yang dilancarkan di The Fullerton Hotel pada 15 Ogos 2024.

Buku lain tulisannya sebelum ini termasuk Can Asians Think?, Beyond The Age Of Innocence, The New Asian Hemisphere, dan Can Singapore Survive?.

Anugerah tersebut menggabungkan Profesor Mahbubani dengan 10 penerima anugerah lain antaranya termasuk mantan Pengarah Eksekutif Institut Biokejuruteraan dan Nanoteknologi (IBN) A*Star, Profesor Jackie Ying (2017); Pengasas dan Presiden Roses of Peace, Encik Mohamed Irshad Abbas Ali (2019); dan Pengarah Eksekutif Pave, Dr Sudha Nair (2023).

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg