Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

‘Don’t Call Him Mr Mari Kita’ kekalkan legasi Zubir Said

Aug 20, 2024 | 4:54 PM
(Dari kiri) Bekas pelajar ITE, Encik Malcolm Lim; bekas guru, Encik Julian Wong; bekas pelajar ITE, Cik Hannah Nordin dan Cik Rohaniah Sa’id merupakan vokalis dalam pementasan Don’t Call Him Mr Mari Kita. Pemain gitar pementasan tersebut, Encik Leonard Mikhail (terselindung) juga merupakan bekas pelajar Encik Wong.
(Dari kiri) Bekas pelajar ITE, Encik Malcolm Lim; bekas guru, Encik Julian Wong; bekas pelajar ITE, Cik Hannah Nordin dan Cik Rohaniah Sa’id merupakan vokalis dalam pementasan Don’t Call Him Mr Mari Kita. Pemain gitar pementasan tersebut, Encik Leonard Mikhail (terselindung) juga merupakan bekas pelajar Encik Wong. - Foto WILD RICE SINGAPORE

Legasi penggubah lagu legenda, Zubir Said berkekalan sehingga kini.

Ini dapat dilihat menerusi pementasan terbaru terbitan syarikat teater, Wild Rice, “Don’t Call Him Mr Mari Kita”, di mana empat lulusan Institut Pendidikan Teknikal (ITE) bersatu semula bersama bekas guru mereka, yang pernah mendidik mereka dahulu.

Keempat-empat lulusan ITE itu, Cik Hannah Nordin, berusia 27 tahun, Cik Rohaniah Sa’id berusia 25 tahun, dan Encik Malcolm Lim, berusia 26 tahun, dan Encik Leonard Mikhail, berusia 28 tahun, kini bergabung bersama bekas guru mereka itu, Encik Julian Wong, berusia 36 tahun.

Cik Hannah, Cik Rohaniah dan Encik Lim merupakan vokalis pementasan tersebut.

Encik Mikhail pula gitaris pementasan ini.

Encik Wong memainkan peranan sebagai penulis, pengarah muzik dan penyusun pementasan tersebut dan beliau mendapatkan semula bekas pelajarnya,

“Saya rasa ini merupakan perjalanan yang istimewa bersama mereka berempat kerana mereka sudah tidak lagi melihat saya sebagai seorang guru tetapi sebagai seorang artis profesional,” kongsi Encik Wong.

Sementara itu, Encik Lim pula yang sedang menjalani Perkhidmatan Negara (NS) berkata:

“Walaupun sudah sekurang-kurangnya empat tahun kami tamat pendidikan di ITE, kami dipanggil membuat persembahan bersama. Saya rasakan ini sesuatu yang amat dihargai.”

Pementasan ini ternyata menyatukan dan membimbing bakat pementasan muda tempatan.

Kesemua mereka berada dalam fasa kehidupan yang berbeza tetapi, demi menghasilkan pementasan Zubir Said ini, mereka bersatu kembali.

Cik Hannah, yang kini seorang pereka grafik, dan Cik Rohaniah, yang baru tamat pengajiannya di Maktab Seni Lasalle pada 2024, berkongsi bahawa mereka perlu menyesuaikan diri dengan keperluan fizikal untuk menjayakan pementasan ini.

“Saya sedar bahawa ia penting untuk kekal cergas kerana saya akan bernyanyi secara langsung sambil menari dan ini merupakan cabaran untuk saya, tetapi semua orang kekal menyokong saya,” kongsi Cik Hannah.

Encik Lim juga berkongsi bahawa ia mencabar kerana beliau perlu pelajari bahasa Melayu untuk menyiapkan diri bagi pementasan ini, tetapi beliau menghayati cabaran ini kerana ia telah mencetus penghargaan beliau terhadap lagu gubahan Zubir Said.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg