Topik diikuti
Pergi ke BHkuDPM Gan ketuai delegasi S’pura ke CHOGM
DPM Gan ketuai delegasi S’pura ke CHOGM
Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Tenaga, Perdagangan dan Perusahaan (Perdagangan), Encik Gan Kim Yong, akan mengetuai delegasi Singapura ke Mesyuarat Ketua-Ketua Pemerintah Komanwel (CHOGM) di St John’s, Antigua dan Barbuda, dari 2 hingga 5 November 2026.
Menyatakan demikian dalam satu kenyataan media pada 1 November Pejabat Perdana Menteri (PMO) berkata Sidang kemuncak CHOGM 2026 kali ini membawa tema “Mempercepat Perkongsian dan Pelaburan demi Komanwel yang Makmur”.
Semasa persidangan tersebut, para pemimpin akan menyemak perkembangan semasa dalam Komanwel serta membincangkan keutamaan bersama.
Ini termasuk daya tahan iklim, perdagangan, inovasi, kesaksamaan dan pembangunan mampan.
Encik Gan juga dijadual mengadakan beberapa pertemuan dua hala dengan para pemimpin Komanwel lain di sela-sela sidang kemuncak tersebut.
Beliau akan diiringi isterinya, Cik Gan, serta Menteri Kedua (Ehwal Luar merangkap Ehwal Dalam Negeri), Cik Sim Ann.