DPM Gan: Konflik Timur Tengah berlanjutan boleh akibat harga melambung

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

DPM Gan: Konflik Timur Tengah berlanjutan boleh akibat harga melambung

Mar 2, 2026 | 1:56 PM

DPM Gan: Konflik Timur Tengah berlanjutan boleh akibat harga melambung

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula
Singapura, Middle East conflict, konflik Timur Tengah, Gan Kim Yong, COS, Parlimen
Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Perdagangan dan Perusahaan, Encik Gan Kim Yong. - Foto MDDI

Konflik berlarutan di Timur Tengah boleh menyebabkan perniagaan dan pengguna di sini menanggung harga barangan lebih tinggi, kata Timbalan Perdana Menteri, Encik Gan Kim Yong.

Encik Gan, yang juga Menteri Perdagangan dan Perusahaan, berkata konflik geopolitik boleh menjejas ekonomi kecil dan terbuka seperti Singapura secara ketara.

Singapura sedang memantau keadaan dengan teliti dan akan menilai semula ramalan Hasil Dalam Negeri Kasar (GDP), jika perlu, ujar beliau.

Encik Gan berkata penutupan Selat Hormuz – laluan perkapalan utama bagi minyak mentah dan gas asli cecair (LNG) – yang ditutup sejak Amerika Syarikat dan Israel menyerang Iran, boleh menyebabkan harga tenaga sejagat meningkat dalam jangka terdekat.

Bergantung pada sejauh mana konflik itu berlarutan, harga tenaga yang lebih tinggi boleh menyebabkan kos yang lebih tinggi bagi perniagaan dan pengguna dan memberi kesan kepada ekonomi sedunia dan Singapura, ujar beliau.

“Kami sedang memantau perkembangan dengan teliti dan akan menilai semula ramalan GDP dan inflasi kami jika perlu,” kata Encik Gan.

Ramalan pertumbuhan ekonomi negara ini bagi 2026 adalah antara 2 peratus dengan 4 peratus.

Kementerian Perdagangan dan Perusahaan (MTI) sebelum ini telah menyemak ramalan pertumbuhan ekonomi negara bagi 2026 kepada antara 2 peratus dengan 4 peratus, didorong prestasi ekonomi suku keempat 2025 yang melebihi jangkaan.

Angka itu lebih tinggi berbanding ramalan awal 1 hingga 3 peratus. Ekonomi Singapura tumbuh 5 peratus bagi keseluruhan 2025, mengatasi anggaran awal 4.8 peratus.

Bercakap di perbahasan Jawatankuasa Perbekalan (COS) MTI di Parlimen pada 2 Mac, Encik Gan berkata Singapura menghadapi persekitaran global yang lebih rumit, ditandai dengan persaingan kuasa besar yang semakin sengit, fahaman perlindungan yang meningkat, dan susunan global yang lebih berpecah-belah.

Ini lebih-lebih lagi setelah pentadbiran Presiden Amerika, Encik Donald Trump, memperkenalkan tarif sejagat baru sebanyak 10 peratus. Malah, beliau telah mengumumkan hasrat menaikkan kadar tersebut kepada 15 peratus.

Ini menyusuli keputusan Mahkamah Agung pada 20 Februari yang mendapati tarif yang dikenakan Encik Trump terhadap puluhan negara pada 2025 tidak mengikut perlembagaan.

Encik Gan berkata pemerintah sedang bekerjasama dengan anggota tiga pihak Pasukan Petugas Daya Tahan Ekonomi Singapura (Sert) untuk menyediakan maklumat dan mengumpulkan maklum balas daripada perniagaan dan pekerja.

“Perkembangan ini menunjukkan persekitaran perdagangan global yang tidak dapat diramalkan dan tidak menentu yang perlu kita lalui sekarang,” kata beliau.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Berita Harian di Mudah Alih

  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg