Negara yang melakukan perancangan awal, seperti mempelbagaikan sumber bekalan mereka, berada pada kedudukan lebih baik untuk menangani kejutan luaran seperti gangguan dalam pasaran minyak, kata Timbalan Perdana Menteri, Encik Gan Kim Yong pada 11 Mei.

“Gangguan dalam pasaran minyak dan gas global telah menunjukkan betapa pantasnya kejutan luaran boleh memberi kesan kepada negara, perniagaan, dan isi rumah,” kata beliau sambil merujuk kepada perkembangan terbaru dunia.