Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

DPM Gan: Pemerintah sedia bantu syarikat ubah, harungi ketidaktentuan dunia

Dapat bantu syarikat menjadi lebih teguh, rebut peluang yang ada
Apr 14, 2025 | 5:05 PM
Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Perdagangan dan Perusahaan, Encik Gan Kim Yong (kanan), melawat Samwoh Corporation untuk meninjau projek inovasi mereka. Bersama beliau ialah Jurutera Eksekutif Samwoh, Encik Chow Wee Kang (kiri), dan Ketua Pegawai Operasi Samwoh, Dr Ho Nyok Yong (tengah).
Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Perdagangan dan Perusahaan, Encik Gan Kim Yong (kanan), melawat Samwoh Corporation untuk meninjau projek inovasi mereka. Bersama beliau ialah Jurutera Eksekutif Samwoh, Encik Chow Wee Kang (kiri), dan Ketua Pegawai Operasi Samwoh, Dr Ho Nyok Yong (tengah). - Foto ST

Pemerintah bersedia untuk meningkatkan usaha untuk membantu pengubahsuaian syarikat-syarikat di Singapura. 

Ini dilakukan “memandangkan cabaran yang bakal muncul,” kata Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Perdagangan dan Perusahaan, Encik Gan Kim Yong, pada 14 April. 

“Dunia ini penuh cabaran, ketidakstabilan, ketidaktentuan dan kami ingin menggalak setiap syarikat, perusahaan dan tenaga kerja untuk terus berubah,” kata Encik Gan.  

Ini supaya syarikat lebih teguh dan dapat mencapai segala peluang yang datang, sambil menguruskan cabaran, kata Encik Gan semasa melawat Hab Pintar syarikat Samwoh Corporation.

Syarikat itu, jelasnya, merupakan contoh bagaimana syarikat melalui transformasi yang menekankan inovasi, kemampanan dan pembangunan bakat. 

Encik Gan memuji Samwoh kerana menyediakan pelbagai cara bagi pekerja dibimbing untuk menjadi pemimpin korporat. 

Ini termasuk peluang mengetuai projek setempat dan antarabangsa; melampirkan tugas di luar negara; dan menghadiri persidangan teknikal. 

Encik Gan berkata, pemerintah akan sentiasa bersedia memberi bantuan yang diperlukan syarikat bagi mengubah perusahaan dan tenaga kerja mereka.

Mengambil kira “banyak bantuan” telah disediakan di bawah Belanjawan 2025, beliau menambah bahawa pemerintah bersedia mengusahakan lebih lagi jika diperlukan. 

Lawatan itu sebahagian daripada siri lawatan penyandang jawatan politik ke beberapa syarikat di pelbagai sektor. 

Semasa kunjungan itu, Encik Gan berbual dengan pekerja Samwoh mengenai projek inovatif seperti pembangunan bahan bangunan baru, serta usaha digital syarikat mereka. 

Antara lain, Samwoh menggunakan model maklumat binaan untuk menyediakan wadah digital bagi pihak berkepentingan untuk mengakses dan mengerjakan sesuatu projek pada masa yang sama. 

Bagi kemampanan, syarikat itu mahu meningkat jumlah penggunaan bahan dikitar semula dalam pembinaan jalan raya, melebihi 20 peratus sekarang. 

Encik Gan juga meninjau Pusat Inovasi Samwoh untuk melihat contoh inovasi seperti bitumen (bahan yang biasa digunakan untuk membuat jalan) yang diubah suai secara polimer (bahan yang sudah sebati), yang lebih lentur dan tahan retak.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg