SPH Logo mobile
Langgan|

DPM Gan temui Sultan Hassanal Bolkiah dalam lawatan sulung ke Brunei

DPM Gan temui Sultan Hassanal Bolkiah dalam lawatan sulung ke Brunei

Oct 1, 2025 | 1:52 PM

DPM Gan temui Sultan Hassanal Bolkiah dalam lawatan sulung ke Brunei

Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Perdagangan dan Perusahaan, Encik Gan Kim Yong (kiri) bertemu Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah, sempena lawatan DPM Gan ke Brunei dari 30 September hingga 1 Oktober.
Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Perdagangan dan Perusahaan, Encik Gan Kim Yong (kiri) bertemu Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah, sempena lawatan DPM Gan ke Brunei dari 30 September hingga 1 Oktober. - Foto MDDI

Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Perdagangan dan Perusahaan, Encik Gan Kim Yong, telah bertemu Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah, pada 30 September.

Semasa lawatan beliau di Brunei, Encik Gan turut bertemu para pemimpin perdagangan yang berpusat di Brunei sebelum menghadiri majlis jamuan malam yang dihoskan oleh Menteri di Pejabat Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan dan Ekonomi II, Dato Dr Awang Haji Mohd Amin Liew.

Menurut kenyataan Pejabat Perdana Menteri (PMO), lawatan dari 30 September hingga 1 Oktober itu merupakan kunjungan sulung Encik Gan ke Brunei sebagai Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Perdagangan dan Perindustrian.

Beliau diiringi pegawai daripada Kementerian Perdagangan dan Perusahaan (MTI) serta Enterprise Singapore.

Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Berita Harian di Mudah Alih

  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg