Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18

DPM Wong: Belanjawan 2024 siri pertama dalam pelan Melakar Hala Tuju S’pura

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

DPM Wong: Belanjawan 2024 siri pertama dalam pelan Melakar Hala Tuju S’pura

Feb 15, 2024 | 05:52 PM



Belanjawan 2024 yang akan disampaikan pada 16 Februari adalah siri pertama rancangan yang ditetapkan dalam pelan hala tuju #ForwardSG, kata Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan, Encik Lawrence Wong.


Memberi kemas kini melalui catatan Facebooknya, Encik Wong berkata Belanjawan 2024 akan memastikan Singapura terus maju, melengkapkan rakyat untuk mencapai potensi mereka sepenuhnya dan memberi jaminan tambahan kepada keluarga dan warga emas dalam keadaan dunia sekarang yang lebih bermasalah.

Forward SG atau Melakar Hala Tuju Singapura ialah satu usaha diterajui pemerintah yang dilancarkan pada Jun 2022 yang melibatkan rakyat Singapura daripada semua lapisan masyarakat untuk memperkukuh lagi ikatan sosial Singapura.


Sehingga kini, lebih 200,000 rakyat Singapura telah terlibat dalam membincangkan isu-isu penting yang akan memberi kesan kepada pembangunan negara yang seterusnya.

Ini termasuk soal perumahan, identiti Singapura, ekonomi dan pekerjaan, kejayaan, penuaan serta alam sekitar.

Encik Wong juga berkongsi gambar dirinya dengan fail hitam yang bertajuk Membina Masa Depan Kita Bersama.


Belanjawan 2024 akan disampaikan di Parlimen pada 16 Februari, mulai 3.30 petang dan akan disiarkan secara langsung di saluran TV percuma dan media tempatan seperti Channel 5 dan meWATCH.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >